Categories
NASIONAL

Rafizi: BN naik harga petrol ganti GST

Oleh: AFEEQA AFEERA

SUBANG JAYA, 15 OKT: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan tindakan kerajaan pusat menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen pada 1 Oktober lalu adalah sebagai ‘ganti’ kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, cadangan asal kerajaan adalah melaksanakan GST ke atas bahan bakar itu, namun terpaksa dibatalkan saat akhir ekoran kebimbangan terhadap kemarahan rakyat.

ron95“Kita tahu bahawa Datuk Seri Najib Razak bercadang untuk melaksanakan GST ke atas petrol dan diesel, bahkan dalam taklimat secara tertutup memang senarai itu ada GST untuk petrol dan diesel. Umno hanya takut dengan satu perkara iaitu rakyat turun demonstrasi.

“Saya nampak, kita yakin Barisan Nasional (BN) takut untuk buat benda itu dan tidak boleh laksanakan GST, maka mereka naikkan harga bahan bakar 20 sen baru-baru ini,” katanya pada Forum Belanjawan Pakatan Rakyat (PR) di Subang Jaya, semalam.

Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menafikan dakwaan kerajaan pusat bahawa mereka terpaksa menanggung RM41 bilion untuk subsidi petrol di negara ini.

rafiziKatanya, kerajaan BN hanya membayar RM13.7 bilion sebagai subsidi kepada bahan bakar itu untuk tahun 2014 berdasarkan kira-kira yang dilakukan.

“Orang kampung percaya, orang kampung kesian pada Najib sebab banyak beliau bantu rakyat. Umno akan kata tanggungan berat sebab tiada yang akan kira jumlah itu tetapi kita pembangkang boleh pertikaikan angka itu.

“Mereka hanya suka pakai teori bahawa kita lagi rendah daripada negara lain,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.