Categories
KENYATAAN MEDIA

Rang Undang-Undang Pindaan LHDN tiada beza

Oleh: Wong Chen

Pada pagi ini, PKR telah mendapat tahu bahawa rang undang-undang LHDN yang berkontroversi telah dimuat naik ke laman web Parlimen.

Kami telah mendapatkan salinan tersebut dan dengan serta-merta telah membuat semakan dan perbandingan dengan rang undang-undang pindaan yang terdahulu.

Kami telah mendapati bahawa kedua-dua rang undang-undang LHDN tidak mempunyai sebarang perbezaan.

Dengan kata lain, rang undang-undang pindaan LHDN yang telah ditarik balik pada bulan Jun yang lalu akan dibentangkan semula tanpa sebarang perubahan terhadap kandungannya.

Apabila Timbalan Menteri menarik balik pindaan terdahulu, kami telah menjangkakan beliau akan menyingkirkan bahagian-bahagian berkontroversi yang terkandung dalam rang undang-undang tersebut sebelum ianya dibentangkan semula di Parlimen.

Ini merupakan satu cemuhan kepada semua pihak apabila ianya dibentangkan semula dalam bentuk yang sama. Ia juga mencerminkan keburukan kredibiliti pihak kerajaan dalam keprihatinan mereka untuk mendengar keluhan Rakyat.

Saya mengulangi seruan saya kepada semua Ahli-ahli Parlimen supaya bersiap sedia untuk membahaskan perkara ini dengan penuh pada hari Selasa, 7hb Oktober 2014.

* Wong Chen adalah Ahli Parlimen Kelana Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.