Categories
SELANGOR

RM6.7 juta tingkat pengurusan sampah pukal MPK

Oleh:Naeem Raffi

KLANG, 27 OKT : Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM6.7 juta kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) bagi menjalankan operasi pembersihan sampah pukal di seluruh wilayah itu sepanjang tempoh tiga bulan bermula November depan.

Yang Dipertua (YDP) MPK, Datuk Mohammad Yacob, berkata pihaknya akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan itu bagi merealisasikan hasrat menjadikan Bandar Raya Diraja bersih.

Lawatan kerja YB Ean Yong ke tapak sampah haram Jalan Sungai Saim Klang (1)“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas dana itu dan MPK akan tingkatkan mutu perkhidmatan pengurusan sampah pukal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program turun padang bersama Exco Kerajaan Tempatan Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah meninjau beberapa lokasi sampah haram di wilayah seliaannya di sini, hari ini.

Katanya, selain berdepan dengan masalah kewangan, MPK selama ini berdepan dengan sikap penduduk terutamanya warga asing yang kurang cakna soal menjaga kebersihan.

Justeru, beliau berharap peranan orang awam untuk lebih bertanggungjawab dan bersama-sama MPK memulihkan Klang daripada terus tercemar.

“Wilayah seliaan kami luas, malah lebih luas dari Singapura dan sudah tentu untuk menguruskan kawasan seluas ini satu cabaran besar buat kami.

“MPK berdepan dengan sikap warga asing yang merupakan antara kelompok besar di sini. Mereka kurang prihatin soal kebersihan dan suka membuang sampah sesuka hati,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.