Categories
SELANGOR

Sambutan Deepavali peringkat Selangor meriah

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG, 21 OKT: Sambutan perayaan Deepavali peringkat Selangor yang diraikan rakyat beragama Hindu mewarnai persekitaran Little India di Jalan Tengku Kelana, di sini, dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum.

Pesta cahaya yang diraikan saban tahun itu tambah meriah dengan kehadiran Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dan isteri, Shamsidar Taharin serta diiringi beberapa pimpinan negeri termasuk Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen Selangor.

DSC_5276Persembahan nyanyian serta tarian kaum India menjadi latar sambutan penuh bermakna itu sambil tetamu yang hadir berpeluang melihat sendiri kemeriahan suasana perayaan dan menjamu makanan tradisi antaranya tosai, capati, kari dan maruku.

Hadir memakai set persalinan kurta berwarna putih, Azmin kemudiannya beramah mesra bersama hadirin sambil mengedarkan duit raya kepada pengunjung terutama kanak-kanak sebagai saguhati kepada mereka.

Pengunjung yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk melawat puluhan gerai dan kedai bagi mendapatkan keperluan masing-masing antaranya set persalinan pakaian, kasut dan makanan.

Selain itu, suasana bertambah meriah dengan percikan bunga api sebagai simbolik perayaan itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.