Categories
SELANGOR

SAMM: laksana kaedah sewa beli bantu rakyat peroleh rumah mampu milik

SHAH ALAM, 8 OKT: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) meminta Kerajaan Negeri supaya prihatin dengan kesusahan anak muda mendapatkan perumahan mampu milik di Selangor.

Penyelaras Segmentasi Wanita Muda SAMM (Wanita Muda), Young Syefura Othman berkata Selangor sebagai sebuah negeri yang kaya dan maju perlu membina dan menawarkan kediaman mampu milik melalui kaedah sewa beli, atau membina rumah untuk disewa rakyat pada kadar berpatutan.

rara3“Jika dahulu Kerajaan melaungkan slogan rumah mampu milik, kini rakyat hanya membaca slogan tersebut sebagai rumah mampu tengok. Ia langsung tidak mencecah kadar mampu dari sudut pendapatan bulanan,” tegas Syefura.

SAMM juga mencadangkan langkah diambil bagi menyekat golongan berkemampuan membeli hartanah-hartanah mampu untuk untuk disewakan kepada golongan miskin, anak muda dan pelajar.

samm“Permintaan terhadap perumahan dan permainan dalam industri perumahan boleh juga dikurangkan dengan kaedah waqaf. Di mana, waqaf Selangor membeli rumah-rumah dikawasan strategik dan menyewakannya kepada rakyat dengan syarat-syarat tertentu,” cadang Syefura.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.