Categories
SELANGOR

Tradisi korban Batu Tiga diturunkan kepada anak muda

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 OKT: Anak-anak muda Dewan Undangan Negeri Batu Tiga diberi peluang dan keutamaan untuk terlibat dalam Majlis Korban Perdana tahun ini.

Adun Rodziah Ismail berkata peluang itu bagi memastikan mereka mampu meneruskan keseluruhan kerja-kerja pengurusan haiwan korban.

IMG_9857

Bagaimanapun, katanya, orang-orang lama masih terlibat secara langsung untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak muda.

“Yang penting kita sentiasa memanggil anak-anak muda untuk terlibat dalam majlis kita yang kebiasaannya diadakan di surau terpilih dalam Batu Tiga.

“Anak-anak muda ini dilatih untuk mengambil tugasan yang kebiasaannya sinonim dengan orang-orang tua,” katanya ketika ditemui dalam majlis pagi tadi yang diadakan di Surau Ar-Raudhah, Seksyen 24 yang turut disertai Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Rodziah yang tiba seawal jam 8 pagi turut bersama-sama menyinsing lengan melapah daging sebelum ditimbang dan dibungkus untuk diagihkan kepada orang ramai.

IMG_9785

Beliau itu juga meluahkan rasa gembira dan syukur kerana akhirnya dapat menyertai Majlis Korban Perdana anjuran pejabatnya.

“Kalau tak dulu saya tidak ada peluang begini. Ini pertama kali saya dapat terlibat secara penuh.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan semoga amalan kita diterima Allah,” ucapnya.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.