Categories
SELANGOR

UNISEL teroka inovasi pertanian berasaskan kayu gaharu

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 3 OKT: Universiti Selangor (UNISEL) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Syarikat Kayu Gaharu Sdn Bhd dalam pembangunan program inovasi pertanian berasaskan kayu gaharu.

Naib Canselor, Prof Dr Anuar Ahmad, berkata ia membuka ruang UNISEL menimba ilmu berkaitan teknologi penanaman, pemprosesan dan pengekstrakkan minyak gaharu sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk hiliran.

Unisel“Pelajar UNISEL dapat menjalani latihan industri yang ditawarkan di syarikat itu.

“Fakulti juga akan melakukan penyelidikan dan kajian ke atas pokok kayu gaharu dalam usaha membangunkan produk gaharu secara bersepadu demi kebaikkan bersama nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada MoU bersama Syarikat Kayu Gaharu Sdn Bhd di Kampus Bestari Jaya baru-baru ini.

Pada MoU itu, UNISEL diwakili Prof Dr Anuar Ahmad, manakala Syarikat Kayu Gaharu Sdn Bhd diwakili Pengerusinya, Osman Hanapi.

Prof Dr Anuar berharap usahasama itu dapat membuahkan hasil positif kepada kedua-dua pihak pada masa akan datang.

“Sebagai timbal balas, UNISEL menerusi Fakulti Kejuruteraan akan menyediakan staf teknikal dan fasiliti untuk pembangunan dan kemajuan projek bersepadu,” katanya.

Syarikat itu turut menyumbangkan 200 pokok kayu gaharu yang ditanam di sekitar fakulti itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.