Categories
SELANGOR

4 Ahli Majlis baru MBPJ angkat sumpah

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 11 NOV: Empat individu mengangkat sumpah secara rasmi menerima jawatan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di hadapan Datuk Bandar MBPJ, Datin Paduka Alinah Ahmad.

Majlis Perakuan Menerima Jawatan Ahli Majlis MBPJ turut disaksikan beberapa Ahli Majlis yang telah dilantik sebelum ini.

MBPJEmpat Ahli Majlis yang baru dilantik adalah Mohd Alfaizal Amjed, Chong Fook Meng, Ong Kah Wee dan Ong Swee Long.

Chong Fook Meng atau lebih dikenali sebagai Peter Chong ketika ditemui Selangor Kini beliau berkata, untuk jangka masa panjang, masalah aliran trafik Petaling Jaya perlu diselesaikan untuk keselesaan pengguna jalan raya.

Pada masa sama katanya, mutu perkara asas seperti keadaan jalan, lampu dan penyelesaian masalah sampah perlu ditingkatkan.

“Untuk saya di MBPJ, buat masa ini kita perlu teruskan dengan pembangunan yang mampan.

“Secara peribadi saya akan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan meniningkatkan pembangunan awam,” katanya.

Bagi Mohd Alfaizal Amjed, beliau akan melaksanakan tanggungjawab selari dengan visi Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali supaya masalah asas seperti sampah dan jalan tidak lagi berbangkit pada tahun hadapan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.