Categories
SELANGOR

Keputusan Ujian PSRA 2014 Selangor naik 86%

SHAH ALAM, 11 NOV : Keputusan keseluruhan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2014 Selangor menyaksikan peningkatan sebanyak 0.4 peratus berbanding tahun lalu.

Peningkatan itu menyaksikan pencapaian keputusan 86 peratus untuk 2014 berbanding perolehan 85.6 peratus bagi 2013.

Penyampaian Keputusan PSRA di Masjid Negeri Yunus Hairi (11)Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Ahmad Zaharin Mohd Saad pada Majlis Pengisytiharan Keputusan PSRA 2014 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Untuk peperiksaaan PSRA tahun ini, seramai 37,169 orang calon daripada 686 buah SRA menduduki ujian itu.

SRA Batu 13, Puchong mengungguli kategori Sekolah Rendah Agama yang mencatat rekod cemerlang dengan peratusan 97.2 serta Gred Purata Sekolah (GPS) dengan perolehan 1.82.

Manakala SRA Integrasi Bandar Baru Bangi mengungguli kategori sekolah integrasi terbaik dengan purata GPS sebanyak 1.82 dan peratusan 98.2.

Sementara itu, kategori sekolah Kafa diungguli oleh Kafa AU4 Taman Sri Keramat Tengah dengan peratusan 100 dan GPS 1.87, manakala Sekolah Rendah Islam Masjid Darul Ehsan mengunguli kategori sekolah rendah Islam swasta dengan GPS 1.56.

Secara keseluruhan, daerah Klang muncul daerah terbaik bagi tahun ini dengan nilai GPS 2.00.

Penyampaian Keputusan PSRA di Masjid Negeri Yunus Hairi (3)Zaharin dalam ucapannya berharap supaya keputusan cemerlang dicatatkan pada tahun ini dapat ditingkatkan serta diteruskan di masa-masa akan datang.

“Tahniah dan syabas kepada semua yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam PSRA.

“Diharapkan semua pihak juga akan membuat kajian bagi meningkatkan kecemerlangan dan mengatasi segal kelemahan yang ada,” katanya.

Kesemua hadiah dan sijil disampaikan sendiri oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.