Categories
SELANGOR

Aktif dan tambah perpustakaan bergerak pupuk minat membaca

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 19 NOV: Orang ramai menganggap cadangan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) untuk mengaktifkan kembali perpustakaan bergerak tepat pada masanya ketika masyarakat dahagakan pelbagai kemudahan demi mengejar ilmu.

PPAS1Tinjauan SelangorKini mendapati ramai berpandangan peranan perpustakaan itu mampu menanam minat membaca di kalangan masyarakat dan perlu diperluaskan tidak setakat di kawasan luar bandar atau desa sahaja.

Penolong Pengarah Kanan, Unit Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Kahpi Ngiso, berkata cadangan PPAS itu wajar disokong kerana perpustakaan bergerak boleh membantu orang ramai mendapatkan perkhidmatan dengan lebih mudah.

Kahpi“Perpustakaan bergerak pada masa dulu memang aktif dan bagus, ramai menggunakan perkhidmatan ini terutama di desa. Bagaimanapun bersesuaiaan dengan peredaran masa kini, perkhidmatannya perlu diperluaskan dan tidak hanya di kawasan luar bandar.

“Ia perlu fokus kepada kawasan penempatan padat di bandar-bandar kerana ramai yang memerlukan perkhidmatan ini,” katanya.

Najamuddin Mohd Nor, 34, berkata perpustakaan bergerak yang popular di kawasan luar bandar mampu menggalakkan dan menanam minat membaca di kalangan masyarakat terutama golongan muda dan pelajar.

Najmudin“Ia penting khususnya bagi masyarakat luar bandar. Saya harap selepas ini perkhidmatannya akan lebih aktif dengan lebih kerap ke sesuatu kawasan supaya kemudahan itu dikembalikan kepada rakyat,” katanya.

Pelajar Universiti Selangor (Unisel), Alyannur Azizan, 18, berkata penjenamaan semula perpustakaan ini mampu memenuhi keperluan orang ramai yang menggunakan perkhidmatannya.

alya“Ia mesti memberikan banyak kemudahan termasuk menyediakan koleksi buku-buku baru dan terkini yang menepati citarasa umum terutama anak muda. Tujuannya menggalakkan orang membaca.

“Tempoh pinjaman juga mungkin boleh dipanjangkan daripada biasa,” kata pelajar Diploma Komunikasi dan Media yang gembira sekiranya perkhidmatan itu turut diadakan di Unisel.

Baru-baru ini, Pengarah PPAS, Mastura Muhammad, berkata pihaknya komited mengaktifkan kembali perpustakaan bergerak berikutan permintaan tinggi terhadap perkhidmatan berkenaan.

Katanya, memang menjadi impian PPAS untuk memberikan kemudahan terbabit bersesuaiaan dengan usaha Kerajaan Negeri yang mementingkan pendidikan kepada masyarakat.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.