Categories
SELANGOR

Azmin: “Noh datang satu jam lambat, tapi nak jadi hero bela rakyat”

Oleh: AFIX REDZUAN

PANDAMARAN, 2 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membidas Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang dilihat cuba menjadi hero di hadapan mangsa ribut di Pandamaran, Pelabuhan Klang.

Dalam ucapan di Majlis Penyerahan Sumbangan Bencana Ribut di Pandamaran Jaya, Mohamed Azmin mengingatkan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu supaya tidak memutarbelitkan fakta yang mendakwa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak turun membantu mangsa ribut.

mangsaribut1Mohamed Azmin menyanggah dakwaan berkenaan dengan menyatakan beliau sendiri melihat PKNS turun awal bagi membantu membaiki bumbung pada hari kejadian.

“Ini adalah kali kedua, saya dapat maklumat dua hari lalu ada seorang pemimpin Umno turun ke sini, Noh Omar, datang pun satu jam lambat, tapi nak jadi hero konon nak bela masyarakat.

“Saya nak beritahu sementara politik dalam demokrasi ini dibenarkan, tetapi jangan putar belit dan jangan bawa fitnah serta pembohongan untuk propaganda mereka di kawasan ini,” katanya.

Mohamed Azmin berkata apabila berlakunya kejadian ribut itu antara agensi turun dan terus membantu rakyat dalam kejadian itu adalah Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Saya lihat sendiri pihak PKNS turun untuk segera membaiki bumbung hilang pada hari kejadian,” katanya.

ShahabudinSementara itu Pengerusi Badan pengurusan Taman Permai Indah, Pandamaran, Datuk Nor Shabudin Monil merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Selangor di atas sumbangan yang dihulurkan kepada mangsa ribut.

Pihaknya turut menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa mangsa kejadian tidak menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri bahkan kontraktor untuk kerja-kerja baik pulih sudahpun dilantik.

“Itu semua (dakwaan) tidak benar. Pada hari ini kita telah nampak apa yang diperkatakan masyarakat bahawa mereka tidak mendapat bantuan adalah tidak benar.

“Bancian telah dibuat Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Zakat bersama dengan pihak pengurusan Permai Indah,” jelasnya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.