Categories
SELANGOR

Expo Perdagangan Antarabangsa, strategi jadikan Selangor pusat perdagangan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 14 NOV: Satu expo perdagangan antarabangsa akan diadakan di Selangor bagi dijadikan platform untuk syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) mengembangkan sayap perniagaan mereka ke luar negara.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim berkata Expo Selangor yang melibatkan syarikat dalam dan luar negara itu akan dijadikan acara tahunan di negeri itu.

pelaburan selangor“Salah satu program untuk mencapai misi menjadikan Selangor pusat perdagangan antarabangsa adalah mengadakan Expo Selangor.

“Ini adalah serampang dua mata. Kita wujudkan platform untuk IKS kita memasarkan barangan kepada pasaran dunia.

“Sementara kita nak jadikan Selangor pusat perdagangan antarabangsa, sudah tentu barangan luar negara perlu dipamerkan bagi peniaga dalam dan luar negara datang berdagang sama-sama,” kata Chang Khim dalam wawancara eksklusif bersama Selangor Kini di pejabat beliau di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Chang Khim yang yakin program ini akan menerima peruntukan besar dalam Belanjawan Selangor 2015 turut menyeru syarikat IKS tempatan tidak melepaskan peluang mengembangkan perniagaan masing-masing.

Ketika menyentuh misi menjadikan Selangor sebagai pusat perdagangan antarabangsa, Chang Khim menyeru supaya masyarakat peniaga di Selangor memberi kerjasama sepenuhnya.

yb teng 1Sebelum ini Selangor kekal sebagai salah satu destinasi pelaburan pilihan pelabur asing dan tempatan selepas mencatatkan jumlah pelaburan bernilai RM9.833 bilion pada 2013.

Antara negara asing yang memiliki nilai pelaburan tertinggi di negeri itu adalah Jepun, Singapura, Amerika Syarikat, China dan Switzerland.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.