Categories
SELANGOR

JAIS pulangkan semula Bible versi Melayu kepada PBM

SHAH ALAM 14 NOV: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini memulangkan semula Bible versi bahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM).

B2XquP4CMAEbWNBSerahan itu turut disaksikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, Mufti Selangor , Datuk Mohd Tamyez Abdul Wahid dan Pengarah JAIS, Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Sebelum ini, Mohamed Azmin memaklumkan akan merujuk kepada Sultan Selangor, bagi memohon perkenan usaha untuk menyelesaikan isu pengambilan Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah.

Malah katanya, beliau turut mengadakan perbincangan bagi mendapatkan pandangan daripada Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya ia dapat ditangani secara harmoni dan baik.

Terdahulu, mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menggunakan pendekatan sama dalam menyelesaikan isu ini tetapi belum mencapai sebarang kata putus.

Pada Januari lalu, JAIS mengambil lebih 300 kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara.

JAIS berkata, tindakan itu dibuat mengikut Enakmen Agama Bukan Islam 1988 (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) dengan menghalang orang bukan Islam di Selangor menggunakan perkataan kalimah Allah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.