Categories
NASIONAL

Harga bahan api baru 1 Dis, mengapa harga Diesel naik?

SHAH ALAM 30 NOV: Kerajaan Pusat patut memberikan penjelasan pelaksanaan sistem harga petrol dan diesel yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa mulai 1 Disember ini.

Menurut laporan media harga minyak RON97 akan diturunkan sebanyak 9 sen (RM2.46 seliter)

RON95 diturunkan sebanyak 4 sen (RM2.26 Seliter) manakala diesel pula membuat kejutan dengan naik sebanyak 3 sen (RM2.23 seliter).

20petrol_m_mAhli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berkata jika laporan berkenaan betul, Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Mazlan perlu menjelaskan kepada rakyat pengiraan harga baru.

Katanya, adalah mengejutkan harga diesel naik 3 sen sedangkan menurut laporan media, berdasarkan keputusan OPEC harga bahan api turun mendadak.

“Kenapa dengan penurunan tinggi, rakyat perlu membayar harga lebih tinggi untuk diesel?,” soal Teresa dalam kenyataan media.

Katanya jika pengiraan penurunan 4 sen untuk RON 95 dan kenaikan 3 sen untuk diesel ia bermakna kerajaan belum mengapungkan harga bahan api itu.

“Untuk tidak membebankan pengguna, pemansuhan subsidi patut dilakukan secara berperingkat dan subsidi mencukupi perlu diadakan semula jika harga bahan api meningkat,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.