Categories
SELANGOR

Pakatan punyai kelebihan selagi Noh Omar ketuai Umno-BN Selangor

SHAH ALAM 30 NOV: Pakatan Rakyat Selangor mempunyai kelebihan untuk mengembalikan dan meraih keyakinan rakyat ekoran isu Menteri Besar Selangor yang menjejaskan sedikit keyakinan rakyat kepada gagasan itu.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata dalam keadaan krisis Menteri Besar memuncak, Umno tidak dapat mengeksploitasi isu itu ekoran lemah dan berpecah- belah.

noh-omar“Dalam krisis ini, kita bernasib baik musuh politik kita, Umno berpecah-pecah lebih lemah daripada kita.

“Selagi Datuk Noh Omar kekal memegang jawatan Ketua Umno Selangor dan selagi Umno tidak dapat melantik pemimpin yang lebih cekap, bijak dan berkesan, Pakatan Rakyat berpeluang besar berjaya dalam matlamat memulihkan sokong daripada rakyat,” kata Tony Pua.

Tony Pua berkata demikian di Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor 2014 di Petaling Jaya, hari ini.

Katanya, bersama Dato’ Menteri Besar baru, Mohamed Azmin Ali, beliau menggesa Pakatan Rakyat bekerja keras memulihkan keyakinan rakyat.

“Kita perlu bertungkus-lumus, bekerja keras dalam tiga tahun yang akan datang untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.