Categories
SELANGOR

Internet percuma, langkah merakyatkan pendidikan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 26 NOV: Langkah Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan WiFI Selangorku secara percuma dengan kawasan lebih menyeluruh mendapat sanjungan rakyat yang menganggap ia manfaat terbaik kepada masyarakat khususnya generasi muda.

Perkhidmatan itu juga membuktikan keseriusan Kerajaan Negeri melahirkan masyarakat berilmu di Selangor.

Bajet MS8Ahli Perniagaan, Mohd Termizi Abu Bakar, 51, berkata internet memang kemudahan diinginkan semua lapisan masyarakat ketika ini di bandar dan luar bandar, bahkan langkah meningkatkan aksesnya bersesuaian dengan kehendak semasa.

“Mungkin kemudahan sebelum ini diberikan tidak cukup maka tindakan dibuat ini bagus untuk manfaat semua rakyat. Saya sokong dan puji langkah ini dan berharap ia bukan gimik,” katanya kepada Selengor Kini, di sini, hari ini.

Begitu juga pengusaha kafeteria, Siti Rawan Baharom, 54, yang menganggap kemudahan diberi akan memberi peluang golongan muda mendapat pendidikan sempurna dan menuntut ilmu dengan meluas.

sitirawan02Katanya, hal itu juga akan mengurangkan budaya lepak di kalangan orang ramai kerana kemudahan itu boleh diperoleh di merata tempat termasuk di rumah sendiri.

“Jadi, mungkin akan kurang orang yang duduk lama di restoran atau kedai makan bila internet mudah diakses. Saya yakin tindakan Kerajaan Negeri bagus dan relevan,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2015 berjumlah RM2.422 bilion dibuat Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali antara lain adalah Kerajaan Negeri sebelum ini menyediakan perkhidmatan WiFi Selangorku secara percuma, namun prestasinya hanya meliputi 112 hotspots sahaja iaitu dua hotspots bagi setiap DUN dengan membayar sewaan bulanan RM1,000 setiap hotspots.

Dengan bilangan itu, katanya, masih belum boleh mengisytiharkan Selangor sebagai negeri yang memberi perkhidmatan WiFi percuma kepada rakyat.

azmin“Menyedari kelemahan ini, maka Kerajaan Negeri akan mencari jalan mengupayakan akses rakyat kepada internet. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan pihak pemberi perkhidmatan telekomunikasi untuk menyediakan secara percuma sekurang-kurangnya 2,500 hotspots yang berkelajuan 1 Mbps (megabits setiap saat) dengan lingkungan perkhidmatan seluas 100 meter.

“Lokasi 2,500 hotspots ini akan diletakkan di tempat tumpuan awam di kawasan luar bandar dan lokasi yang tidak mempunyai kemudahan internet. Dengan terlaksananya program ini, maka penggunaan ekonomi digital dapat dipertingkatkan dan membuka peluang untuk usahawan lebih berjaya dan meningkatkan taraf kehidupan masing–masing.

“Dengan pola pemasaran terkini, penggunaan internet dijangka mencecah 25 juta menjelang tahun 2015. Kerajaan Negeri komited untuk mempersiapkan usahawan di Selangor untuk merebut peluang perniagaan. Oleh yang sedemikian, Kerajaan Negeri akan memberi fokus kepada program pembangunan usahawan digital termasuk melalui kerjasama bersepadu dengan anak syarikat sedia ada,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.