Categories
SELANGOR

Aktiviti perniagaaan dalam konsesi tol dikaji, PBT boleh kenakan fi lesen

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Negeri kini sedang mengkaji untuk memasukkan semua jenis aktiviti perniagaan di dalam kawasan operasi konsesi tol lebuh raya ke dalam Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian pihak berkuasa tempatan (PBT).

Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan) berkata, ia bagi memastikan PBT terlibat boleh mengenakan fi lesen ke atas aktiviti perniagaan yang berkaitan.

“Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sudah memaklumkan kepda konsesi tol lebuh raya yang terlibat di kawasan masing-masing untuk memohon lesen, namun tiada permohonan dikemukakan sehingga kini.

logo PBT“Justeru, kita mengambil keputusan untuk mengkaji semula perkara ini supaya PBT boleh mengenakan fi lesen ke atas aktiviti perniagaan yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut daripada Ng Sze Han (DAP-Kinrara) berhubung cukai taksiran, lesen perniagaan dan iklan terhadap konsesi tol lebuh raya.

Ean berkata, setakat ini semua bangunan konsesi tol lebuh raya di kawasan pentadbiran PBT dikenakan cukai taksiran selaras dengan Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan.

ean yong hian wahNamun, katanya, pelaksanaan lesen perniagaan untuk pejabat urusan, pondok tol, pejabat jualan tiket dan iklan yang dipamerkan di kawasan konsesi masih tertangguh berikutan terdapat percanggahan.

“Pihak konsesi serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tidak bersetuju dikenakan lesen bagi aktiviti tersebut dengan alasan jenis aktiviti yang dijalankan di kawasan operasi konsesi tol lebuh raya tidak ternyata secara spesifik di dalam Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian sedia ada,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.