Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri berniat baik agih peruntukan RM200,000 kepada pembangkang

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menegaskan tindakan Kerajaan Negeri memberi peruntukan RM200,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang adalah berniat baik dan adil.

“Mereka akan menguruskan RM200,000, sementara penyelaras DUN pula uruskan RM500,000 menjadikan jumlah diterima rakyat adalah RM700,000 iaitu jumlah sama di setiap DUN.

Sidang DUN 24.11.2014 (2)“Mereka patut bersyukur dan berterima kasih kerana ini adalah langkah baik mengiktiraf pembangkang,” katanya.

Ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015, Mohamed Azmin mengumumkan pembangkang bakal menerima peruntukan RM200,000 setahun.

Mohamed Azmin berkata, peruntukan itu turut diagihkan kepada DUN Pelabuhan Klang yang diwakili mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai satu-satunya wakil rakyat bebas di negeri itu..

Namun, pengumuman Mohamed Azmin itu tidak diterima ADUN pembangkang apabila semua mereka menolak peruntukan terbabit, pada 25 November lalu.

-NFN-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.