Categories
SELANGOR

Bekas exco sambut baik IDE, perkukuh penguasaan bahasa

Oleh: NAZLI IBRAHIMSHAH ALAM, 26 NOV: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali menyambut baik penubuhan Institut Darul Ehsan yang diumumkan Dato’ Menteri Besar Selangor ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015,  baru-baru ini.”Ini satu program yang baik dan saya harap jaringan dengan ilmuwan ini boleh meneruskan program jejak ilmuwan yang saya asaskan dahulu,” katanya ketika mengulas pengumuman peruntukan RM2 juta bagi menubuhkan Institut Darul Ehsan (IDE).

Bajet MS10Sebelum ini, Mohamed Azmin ketika membentangkan belanjawan berkata, pelaburan pendidikan bukan sekadar untuk masa hadapan, bahkan inisiatif permuafakatan bersama mahasiswa, pensyarah, warga alumni dan masyarakat khususnya rakyat Selangor.

Sementara itu, ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad ketika menyentuh Program Penterjemahan Karya Antarabangsa yang dikawal selia Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dalam belanjawan menyifatkan Kerajaan Negeri perlu menumpukan kepada usaha memperkukuhkan penguasaan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris.

“Kita kena matangkan bahasa kita tetapi kalau kita nak cari sumber, hampir semua dalam bahasa Inggeris.

sidang dun idris“Sekarang, kita terdedah dengan ilmu sebab dah semakin global tetapi kalau kita terkongkong dengan bahasa kita, nak suruh orang terjemahkan akan jadi terhad.

“Kalau kita arif dalam bahasa, buku yang kita nak terjemah tu kita dah faham tak payah terjemah. Skop lebih luas,” katanya ketika ditemui di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Dr Idris turut menyarankan peruntukan pendidikan ditambah bagi membina asas pendidikan yang lebih kukuh.

Antara langkah wajar termasuklah memperkenalkan program tuisyen yang tidak terhad kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan dan program melibatkan murid pra sekolah.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.