Categories
SELANGOR

Putrajaya digesa jawab surat berhubung isu penstrukturan air

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 NOV: Kerajaan Negeri kesal Kerajaan Pusat terus melengah-lengahkan pelaksanaan penstrukturan industri air di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata Kerajaan Negeri tidak akan memberi muka kepada mana-mana pihak yang cuba melengah-lengahkan penstrukturan industri air yang sudah ditandatangani.

Katanya, beliau tidak mahu kelewatan itu akan memberi kesan kepada pengguna dan rakyat di Selangor khasnya.

mugshot a“Sepertimana dinyatakan menteri dalam tempoh lima minggu ada perjanjian yang perlu ditandatangani antara syarikat konsesi dengan Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan dan tempoh itu akan tamat dalam masa terdekat.

“Tetapi Kerajaan Pusat masih berdolak dalik dan tidak kenakan satu tekanan pada syarikat berkenaan untuk selesaikan penstrukturan industri air,” katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Hari Tadika Selangor 2014 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pagi tadi.

September lepas, Kerajaan Negeri mula memeterai perjanjian induk pengambilalihan industri air dengan disaksikan mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Tenaga Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata sehingga kini pihak kementerian tidak memberi jawapan berhubung permohonan mendedahkan isi kandungan perjanjian air.

“Surat saya yang dihantar tiga minggu lepas sehingga ke hari ini malang sekali tidak dijawab.

“Menteri yang tak hendak dedahkan. Saya akan keluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini esok,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.