Categories
SELANGOR

Konvo UPM: 6,116 graduan terima Ijazah & Diploma

Oleh: AFIX REDZUAN

SERDANG, 1 NOV: Universiti Putra Malaysia (UPM) melangsungkan Majlis Konvokesyen UPM Ke-38 bermula hari ini sehingga 4 November 2014 bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz (PKKSSAAS), UPM.

Tuanku Canselor UPM, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Sarjana (Master), Bachelor dan Diploma kepada graduan hari pertama (1 November, sesi pertama) dan hari kedua (2 November, sesi ketiga).

konvo UPMMajlis pengurusan ijazah yang berlangsung selama empat hari dibahagikan kepada lapan sesi turut disempurnakan oleh tiga Pro Canselor UPM iaitu Tan Sri Datuk Setia Dr Nayan Ariffin, Tan Sri Datuk Lim Ah Lek dan Tan Sri Datuk Rozali Ismail.

Seramai 6,116 graduan pelbagai program pengajian akan menerima ijazah dan diploma masing-masing terdiri daripada penerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) seramai 391, Sarjana (Master) seramai 2,123, Bachelor (3,380) dan Diploma (222).

Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Perladangan dianugerahkan kepada Datuk Seri Abdul Wahab Maskan, Ijazah Kerhormat Master Persuratan, Datuk Aripin Said dan Ijazah Kehormat Master Sains, Megawati Suzari.

Sementara Anugerah Profesor Emeritus dianugerahkan kepada Datuk Dr Makhdzir Mardan, Dr Md Ariff Hussein dan Dr Zakaria Abdul Rashid.

Tuanku Canselor berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang anugerah-anugerah peringkat universiti iaitu Hadiah Pingat Emas Canselor, Pingat Emas Profesor Emiretus Tan Sri Dr Rashadan Baba dan Pingat Putra Agribio kepada Anna Arina Ab Halim daripada program Bacelor Sains Pertanian.

Hadiah Pingat Emas Pelajaran Diraja kategori Bumiputera diberikan kepada Ana Masara Ahmad Mokhtar daripada program Bacelor Sains (Sains Bioperubatan) dan bagi Bukan Bumiputera kepada Sugentiran a/l Mane daripada Bacelor Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian).

Pingat lain universiti disampaikan Baginda ialah Pingat Emas Alumni kepada Ong Chia Lin (Doktor Perubatan Veterina), Pingat Emas Yayasan Pak Rashid kepada Faslina Habeeb Mohd (Bacelor Sains Komputer) dan Hadiah Syed Kechik kepada Nor Amira Mohamad daripada Bacelor Sastera (Bahasa Asing) Pengkhususan Bahasa Arab.

UPM turut memperkenalkan dua hadiah universiti baru iaitu Hadiah Pingat Enas Doktor Falsafah kepada Mohammad Effendy Yaacob daripada Kejututeraan Elektrik Kuasa, Fakulti Kejuruteraan dan Hadiah Pingat Emas dengan Tesisi kepada Loo Yuet Ying daripada Master Sains Keselamatan Makanan, Fakulti Sains dan Teknilogi Makanan.

Sementara itu, pelajar program sukung Bacelor Sains Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Muhammad Farhan Mohd Fadzil turut sama bergraduat tahun ini.

Atlet sukan negara juga tidak ketinggalan untuk bergraduat iaitu Mohd Razie Abd Rahim (Hoki Lelaki), Norbaini Hashim dan Rabiatul Adawiyah Mohamed (Hoki Wanita), Sharon Koh Suet Len (Bowling), Chai Fong Ying dan Chai Fong Wei (Wushu), Cheng Chu Sian (Memanah) serta L Kunasilan (Karate).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.