Categories
SELANGOR

RM3.5 juta baik pulih Stadium Hoki Petaling

Oleh: Naeem Raffi

PETALING JAYA, 1 NOV : Kerajaan Negeri diharap dapat meluluskan peruntukan RM3.5 juta bagi kerja membaik pulih kemudahan sukan di Stadium Hoki Petaling.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata keadaan stadium itu kini berada ditahap tidak memuaskan perlu menjalani pembaikan segera bagi mengaktifkan kembali program pembangunan sukan hoki.

Stadium Hoki“Setakat ini, kerja awal membaik pulih stadium berjaya disiapkan dan hanya menanti peruntukan (RM3.5 juta) dipohon itu diluluskan dalam Pembentangan Belanjawan 2015.

“Bermula awal Januari tahun depan kerja baik pulih itu dimulakan dan menjelang Jun hingga Ogos penggiat sukan hoki dapat menikmati kemudahan yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Selangor Kini ketika melawat kemudahan sukan di Pusat Rakan Muda, Kompleks Arena Petaling Jaya di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Belia Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), Sayuti Basiron.

Mengulas lanjut, beliau berkata menerusi peruntukan itu, stadium itu akan menjalani kerja naik taraf kemudahan awam, penambahbaikan kemudahan keselamatan dan penukaran karpet padang.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.