Categories
SELANGOR

MB: Isu pampasan RM2.3 juta MBI dibentang minggu depan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 27 NOV: Laporan penuh audit melibatkan ganjaran kepada bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) akan dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor (DNS) pada minggu hadapan.

Untuk itu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan terlebih dahulu bersidang pada pagi esok sebelum sidang Dewan Negeri bermula.

azminKatanya, kebenaran MMKN diperlukan sebelum sesuatu laporan dibentangkan dalam DNS.

“Berdasarkan laporan audit berkenaan banyak perkara boleh dibangkit dan dibahaskan.

“Antaranya persoalan mengapa perlu dipecat sedangkan yang berundur hanyalah pengerusi MBI sahaja, yang lain tidak.

“Tetapi mereka pilih dipecat untuk memperoleh ganjaran, jika meletak jawatan mereka pula yang kena bayar tiga bulan gaji,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan beberapa kakitangan MBI diberikan pampasan besar mencecah RM2.3 juta ekoran pengunduran mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga pengerusi MBI.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.