Categories
SELANGOR

Pemuda PAS: Mansuhkan birokrasi awam menyusahkan rakyat

SHAH ALAM 27 NOV: Kerajaan Selangor disarankan menambahbaik pentadbiran awam di dengan memansuhkan birokrasi awam yang sering merenggangkan kerajaan dan rakyat.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, berkata birokrasi sering menjadi perisai menutup kelemahan operasi pentadbiran.

mb - majlis inovasi kerajaan negeri selangor 1Katanya, bukan menjadi rahsia permohonan atau kertas kerja cadangan rakyat sering mendapat respon lewat atau sengaja dilewat atas alasan ‘mengikut prosedur’.

“Terdapat banyak kes di pejabat kerajaan, pembayaran kerajaan kepada pihak kedua seringkali lewat, juga atas alasan ‘prosedur’. Tidak hanya minggu, kadangkala kelewatan ini memakan masa hingga berbulan-bulan lamanya.

Situasi ini sudah kerap berlaku malah menjadi bahan jenaka masyarakat biasa berurusan dengan kerajaan kelewatan menerima bayaran kerajaan itu sesuatu ‘biasa’ atau ‘standard’. Ya, lewat itu ‘biasa’ dan cepat itu ‘luar biasa’,” katanya dalam kenyataan media.

Suhaizan berkata budaya diwarisi Barisan Nasional berdekad-dekad lamanya ini sepatutnya lenyap daripada ‘kerajaan rakyat’ di Selangor.

Katanya, untuk fasa baru ini, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali perlu berani mewujudkan budaya baru dalam tatakerja pentadbiran awam di Selangor.

“Langkah drastik ini bagi memastikan Kerajaan Negeri serius untuk menjadikan Selangor sebagai ‘kerajaan rakyat’.

“Selain mengekalkan momentum ‘terjah’ yang beliau mulakan, Kerajaan Negeri perlu sberi ruang kepada rakyat khususnya anak-anak muda mengutarakan pandangan,” katanya.

Kata Suhaizan, jika keberanian itu wujud dan disebarkan pula maklumat kejayaan itu sehingga di luar Selangor, tiada sebab rakyat tidak memilih Pakatan Rakyat lagi dalam Pilihanraya Umum Ke-14 nanti.

“Tahniah atas keberanian Mohamed Azmin kerana berjaya mengurangkan perbelanjaan mengurus dan menambah perbelanjaan pembangunan tanpa penggunaan Rezab Negeri.

“Penghargaan tinggi atas jasa Dato’ Menteri Besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meletakkan aras baru dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran negeri yang cermat dan berhemat,” kata Suhaizan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.