Categories
SELANGOR

MB: Kerajaan Negeri rujuk DYMM Sultan selesai isu Bible

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 NOV: Kerajaan Negeri akan merujuk isu rampasan Bible berbahasa Melayu kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan perkenan baginda ke arah penyelesaian masalah berkenaan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata, Kerajaan Negeri sudah mengadakan perbincangan bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung isu terbabit.

“Saya sudah mengadakan perbincangan untuk mendapatkan pandangan daripada pihak berkuasa iaitu MAIS dan JAIS.

bible bahasa melayu“Selepas ini, kita akan merujuk kepada Tuanku Sultan untuk mendapatkan perkenan baginda berkenaan usaha untuk menyelesaikan perkara ini secara harmoni dan baik. Insya Allah, perkara ini akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 dan Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Mega: “Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor 2014.

azminIsu rampasan Bible berbahasa Melayu itu berlarutan sejak hampir setahun lalu ketika pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada Januari lalu, JAIS merampas lebih 300 kitab Blble berbahasa Melayu dari pejabat Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara, Petaling Jaya, dalam satu operasi agensi berkenaan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.