Categories
SELANGOR

MB: Peruntukan Marris RM500 juta ke seluruh Selangor bermula 2015

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 NOV: Kerajaan Negeri akan menyalurkan semua peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) lebih RM500 juta ke seluruh Selangor bagi program pembangunan bermula tahun depan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata seharusnya peruntukan diterima itu digunakan sepenuhnya bagi tujuan penyelenggaraan jalan dan parit seperti dinyatakan.

jalan semenyih che rosli 02Beliau berkata, semua peruntukan itu akan disalurkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

“Saya tahu ada beberapa negeri yang menggunakan wang Marris untuk membayar gaji anggota perkhidmatan awam. Ada negeri yang gunakan sebahagian dan tidak sepenuhnya.

“Cuma dari prinsip moral, saya mengambil ketetapan bahawa wang Marris mesti dihantar terus kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tujuan penyelenggaraan jalan dan parit. Kita akan buat mulai tahun depan,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

MB Azmin lawat tapak banjir di depan Stadium (9)Azmin berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2014 dan Majlis Perasmian Program Gotong-Royong Mega : “Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor 2014”.

Beliau berkata, setiap tahun Kerajaan Negeri menerima peruntukan Marris kira-kira RM500 juta dari Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri mengumumkan penerimaan peruntukan Marris dari Kerajaan Persekutuan melalui PBT dianggarkan bernilai RM564.64 juta pada tahun ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.