Categories
SELANGOR

MB: Pemulangan Bible Bahasa Melayu satu keputusan sukar

Oleh: LIZAWATI MADFA

HULU LANGAT, 15 NOV: Pemulangan kitab Bible versi Bahasa Melayu dan Iban kepada masyarakat Kristian, semalam bukan satu tugasan mudah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengakui perkara itu adalah satu keputusan yang sukar dilakukan.

Namun begitu, katanya, perkara berkenaan akhirnya selesai secara baik dengan persefahaman berjaya dicapai pihak berkepentingan termasuk Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Persatuan Bible Malaysia dan masyarakat Kristian.

bible“Saya rasa, kita semua perlu hargai bahawa proses memulangkan Bible melalui siri perbincangan pelbagai pihak. Selepas mendapat perkenan Tuanku Sultan Selangor, kita putuskan untuk pulangkan balik Bible.

“Ia bukan satu tugas mudah, namun kita mesti berani buat keputusan sukar,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Meraikan Pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS Damai Residensi di Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.

Bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada awal tahun ini dikembalikan kepada masyarakat Kristian di Sarawak melalui Persatuan Gerejadi Sarawak dalam satu majlis rasmi di Istana Selangor, pagi semalam.

Jelas MAIS, tindakan menyerahkan kitab Bible kepada Kristian Sarawak dan bukan persatuan di Semenanjung adalah selaras dengan syarat ketat di Selangor yang bahan bacaan itu tidak boleh diedarkan di negeri itu terutama di kalangan umat Islam.

MB Azmin lawat tapak banjir di depan Stadium (9)Sejak menjawat jawatan Menteri Besar, Mohamed Azmin memaklumkan akan merujuk kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan usaha untuk menyelesaikan isu itu.

Beliau turut mengadakan perbincangan bagi mendapatkan pandangan daripada JAIS dan MAIS supaya dapat ditangani secara harmoni dan baik.

Pemulangan kitab Bible itu mendapat perhatian sejak semalam dan ramai pemimpin memuji tindakan dan keputusan bijak Mohamed Azmin dalam menangani isu berkenaan.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.