Categories
SELANGOR

MB: Projek Horas siap Sept 2015, 600 juta liter air bekal 3 loji

Oleh: AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 29 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata Projek Hybrid off River Augmentation System (Horas) 600 yang dibangunkan Kerajaan Selangor menunjukkan perkembangan projek 35 peratus.

Menurutnya, projek itu penting bagi menjayakan projek Mitigrasi 2 untuk meningkatkan keupayaan mengeluarkan air terawat di loji rawatan SSP1, SSP3 dan lori rawatan Rasah.

Azmin Air“Projek Mitigrasi 2 tidak akan berjaya jika tidak ada bekalan air mentah mencukupi.

“Sebab itu kita mahu memastikan projek Horas 600 ini dapat disiapkan September 2015,” katanya

Meskipun baru mencapai 35 peratus, Horas 600 berjaya menghasilkan 160 juta liter air mentah sehari.

Apabila siap sepenuhnya, dijangkakan sebanyak 600 juta liter air mentah sehari dapat dibekalkan kepada ketiga-tiga loji rawatan berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut mengucapkan tahniah kejayaan Konsortium ABASS Sdn Bhd (Abass)  menjadi loji pembersihan air pertama di Malaysia memperoleh pensijilan ISO 22301:2012 untuk Sistem Pengurusan Kesinambingan Perniagaan.

Katanya, penghargaan ini membuktikan Kerajaan Selangor melalui Kumpulan Perangsang Selangor dan Konsortium Abass mempunyai keupayaan menguruskan Industri Air Selangor.

ABBAS3“Ini satu permulaan baik bagi meyakinkan pengguna air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Kuala Lumpur kita mempunyai komitmen tinggi menghasilkan air bersih bagi pengguna.

“Tumpuan kita selepas penyelesaian pengambilalihan Industri Air Selangor adalah bagi mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) yang masih tinggi pada hari ini dan akan dilakukan segera pengurusan baru air Selangor.

“Dengan rekod Abass ini kita yakin dapat mencapai sasaran,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.