Categories
SELANGOR

MB: Rizab RM3.32 bilion tampung keseluruhan kewangan negeri

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 27 NOV: Lebihan rizab tunai yang dimiliki Kerajaan Selangor pada dasarnya bertujuan untuk mengurus kewangan Kerajaan Negeri secara keseluruhan, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata ia akan digunakan bagi menampung perbelanjaan defisit, rancangan perbelanjaan pembangunan dan mengurus, menyediakan peruntukan tanpa mencari sumber lain serta dijadikan sumber bagi perbelanjaan luar jangka.

grafik-DNSKatanya sehingga 31 Oktober lalu, rizab kewangan negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi kumpulan wang disatukan adalah berjumlah RM3.32 bilion.

“Rizab negeri terdiri daripada wang tunai dan pelaburan yang dipegang oleh kumpulan wang disatukan, tidak semua rizab negeri boleh dibelanjakan memandangkan ia sebahagian daripada akaun amanah disatukan yang digunakan mengikut kehendak undang-undang, akta amanah dan arahan amanah.

“Kerajaan Negeri berpandangan ia mesti dibelanjakan kepada program atau projek yang membawa manfaat jangka panjang kepada pembangunan sosio ekonomi negeri seperti projek jambatan ketiga Klang berjumlah RM150 juta dan pembinaan rumah mampu milik RM100 juta.

“Program dirangka ini adalah sebahagian daripada projek Kerajaan Negeri meningkatkan pembangunan sosio ekonomi rakyat,” katanya semasa sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut daripada Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berhubung rizab kewangan Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.