Categories
SELANGOR

MPK patut proaktif selesai masalah penduduk

KLANG 12 NOV: Majlis Perbandaran Klang (MPK) perlu segera menyelesaikan aduan dan masalah penduduk di Bandar Putera dan keseluruhan kawasan Zon N50.

Ahli Majlis, Azmizam Zaman Hurim berkata, perkara yang diadukan penduduk adalah berkenaan perkhidmatan asas yang semua pihak berkuasa tempatan (PBT) harus buat dan selesaikan.

Katanya, MPK tidak boleh marah dan mengelak jika penduduk membuat aduan sebaliknya harus mencari jalan penyelesaian untuk memuaskan hati pembayar cukai taksiran.

mpk“MPK juga perlu bertindak secara proaktif. Jangan tunggu aduan baru nak selesaikan.

“MPK patut membuat perjumpaan dengan penduduk dengan lebih kerap untuk melihat dan mendengar sendiri masalah dengan lebih dekat, apa sudah jadi dengan kempen “MPK Prihatin”?,” kata Azmizam ketika dialog penduduk Bandar Putera bersama MPK, baru-baru ini.

Kata Azmizam antara masalah diadukann penduduk Bandar Putera yang merupakan Taman Perumahan diduduki sejak 2004 adalah aasalah banjir dan air lambat surut sehingga masuk ke dalam rumah dan air bertakung di atas jalan.

Katanya, sesetengah rumah sudah mendap sehingga sedalam satu kaki ditambah dengan masalah perparitan dan longkang yang tersumbat serta kotor disebabkan tidak diselenggara juga dibersihkan

azmizam luar pc 01“MPK juga perlu melakukan tugas hakiki setiap masa dan melayan semua penduduk secara adil. Janganlah MPK hanya buat dan bertindak jika dapat tahu pemimpin turun padang,” katanya.

Beliau berkata, penduduk juga perlu kerap mengadakan program gotong-royong setiap tiga bulan sekali terutama untuk menyelesaikan masalah sampah pukal dan sampah kebun.

“Kebersihan adalah tanggungjawab bersama bukan hanya tanggungjawab MPK, bahkan sikap penduduk yang suka buang sampah merata juga menyumbang kepada masalah kebersihan di Klang,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.