Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Rakyat patut tahu laporan RCI PATI

SHAH ALAM 20 NOV: Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah perlu diumumkan kepada rakyat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, beberapa perkara perlu diketahui hasil laporan tersebut yang mengaitkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nurul-IzzahKatanya, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui kandungan laporan RCI tentang apa yang dibincangkan.

“Laporan RCI mengenai projek IC yang diberikan kepada pendatang asing itu bukan sahaja penting untuk dibentangkan di Parlimen, bahkan diketahui rakyat.

“Segala pembuktian dan kesimpulan daripada laporan RCI itu bakal menunjukkan betapa kukuhnya dakwaan bahawa adanya kolusi daripada pelbagai jabatan dan kementerian untuk memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya,” kata Nurul Izzah dipetik Keadilan Daily.

Selain itu, katanya kes berkaitan pilihan raya umum lalu akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan dengan mengheret kesemua pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke muka pengadilan kerana kegagalan melaksanakan penggunaan dakwat kekal.

“Semua orang mempunyai hak untuk tahu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan sepertimana dalam laporan RCI dan Najib perlu dedahkannya segera” katanya.

EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.