Categories
NASIONAL

Pecah monopoli perkhidmatan internet untuk lebih berdaya saing

SHAH ALAM 6 NOV: Mutu perkhidmatan internet hanya dapat dipertingkatkan jika Kerajaan Pusat bersedia memecahkan monopoli perkhidmatan itu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, amalan monopoli mengakibatkan harga internet dan jalur lebar di negara ini terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan ditawarkan.

Okla internetKatanya, kerajaan patut membuka lebih ruang agar ada persaingan di kalangan penyedia perkhidmatan.

“Ini bukan sahaja menjadikan harga perkhidmatan lebih rendah tetapi ia turut meningkatkan mutu perkhidmatan kerana wujudnya persaingan,” kata Fahmi dipetik Keadilan Daily.

Katanya, Kerajaan Pusat perlu melakukan sesuatu kerana dengan memperbaiki mutu perkhidmatan dan kosnya, bakal memberi manfaat besar kepada rakyat.

“Bagaimana kita mahu menjadi negara maju jika mutu perkhidmatan instrument penting ini berada di tahap terkebelakang,” katanya.

Satu laporan kaji selidik atas talian oleh Ookla Net Index sebelum ini turut meletakkan Malaysia di tangga ke-126 daripada 196 negara dari segi kelajuan internet di dunia.

Malah lebih teruk, mutu perkhidmatan internet di negara ini ketinggalan di belakang Kemboja dan Vietnam berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mei 2013 hingga April 2014 itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.