Categories
SELANGOR

Pemulangan Bible: Pemimpin MCA-BN tak patut menangguk di air keruh raih publisiti

SHAH ALAM 18 NOV: Pemimpin MCA-BN patut berterima kasih kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Menteri Besar dan pihak terlibat yang berjaya menyelesaikan pemulangan Bible berbahasa Melayu dengan baik.

Ahli Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Zakaria Abdul Hamid, berkata pemimpin MCA tidak patut menangguk di air keruh untuk menumpang publisiti dalam isu itu.

bible“Pertikaian yang dibangkitkan beliau (MCA) hanyalah sekadar satu usaha menumpang publisiti berkait isu berkenaan.

“MCA seharusnya memandang ke hadapan dengan membantu meningkatkan kesedaran rakyat terhadap toleransi kaum dan agama, bukannya menghasut rakyat mempertikaikan pihak yang patut mendapat kredit penyelesaian isu berkenaan,” kata Zakaria dalam kenyataan media.

Zakaria berkata rentak sumbang yang dimain pimpinan MCA akan menjadi ukuran rakyat terhadap tahap kemampuan MCA memimpin masyarakat.

“Hentikan menanguk di air keruh atau tumpang sekaki, buktikan kepada rakyat MCA juga adalah agen perpaduan negara,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.