Categories
SELANGOR

Pengembalian Bible pendekatan terbaik tangani isu agama

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 17 NOV: Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) PKR menyifatkan langkah pemulangan semula kitab Injil menjelaskan keprihatian dan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menyelesaikan ketegangan dan konflik antara agama yang tercetus sejak insiden ini berlaku.

Pengerusinya, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata langkah dilakukan itu jelas membuktikan hakikat Islam mementingkan keadilan semua tanpa mengira agama anutan masing-masing.

IMG-20141114-WA0029“BiPPA PKR berharap supaya kontroversi ini tidak digembar-gemburkan lagi.

“Semua pihak disarankan memanfaatkan pendekatan yang terbaik, berhikmah dan bijaksana, dalam meleraikan isu-isu seperti ini di masa depan.

“Biarlah ia ‘bagaikan menarik rambut di dalam tepung, tepung jangan berselerak, rambut jangan putus’,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata pendekatan dialog, perundingan dan perbincangan yang dijalankan Kerajaan Selangor adalah jalan penyelesaian terbaik dalam menangani konflik di antara pelbagai agama di negara ini.

“BiPPA mengalu-alukan langkah Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Dato’ Menteri Besar yang menyerahkan kembali 351 buah kitab Injil berbahasa Melayu dan Iban yang ambil,” katanya lagi.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata Mohamed Azmin ternyata menunaikan janjinya untuk mengembalikan Al-Kitab yang menjadi hak penganut agama Kristian.

Katanya apa yang gagal dilakukan pentadbiran terdahulu dalam tempoh 9 bulan berjaya diselesaikan Azmin hanya dalam waktu kurang 60 hari.

“DAP juga ingin menyampaikan rasa bersyukur atas kebijaksanaan Sultan Selngor dalam menyelesaikan isu agama dan bangsa di negeri ini.

“Kebijaksanaan Tuanku akhirnya memberi situasi menang-menang semua kaum di Selangor dan kami juga percaya Pakatan Rakyat (PR) di bawah kepimpinan Azmin mampu menyelesaikan pelbagai isu sebagai usaha menjadi kerajaan telus,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.