Categories
SELANGOR

Jenayah alam sekitar perlu diperangi, pastikan khazanah hutan dipelihara

Oleh: HAFIZAN TAIB

KERLING, 17 NOV: Program ‘Meet & Greet’ Pacuan Empat Roda adalah salah satu usaha Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) bagi memelihara hutan simpan kekal dan membendung jenayah alam sekitar di Selangor.

Program terbabit dijalankan bersama Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK), Polis di Hutan Simpan Gading di sini awal November lalu.

paya_bakau_hutan_wikipediaPengarah JPNS, Dr Mohd Puat Dahalan, berkata aktiviti dijalankan itu adalah selaras dengan hasrat jabatan dalam usaha meningkatkan kawalan penguatkuasaan hutan simpan kekal melalui kaedah jaringan kerjasama atau Blue Ocean Strategy (BOS).

Katanya, selain itu ia juga membuktikan kesungguhan Polis dalam membendung aktiviti jenayah alam sekitar yang semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini.

“Dalam memastikan khazanah hutan sentiasa terpelihara, semua pihak perlu memberi kerjasama yang baik.

“Pendekatan dilakukan ini dilihat berkesan bagi memberi peringatan awal kepada pencuri atau penceroboh hutan simpan daripada meneruskan kegiatan jenayah mereka secara berleluasa,” katanya.

Program dirasmikan bersama Dr Mohd Puat dan Pengarah JPJKK, Polis, Datuk Acryl Sani Abdullah serta seterusnya menjalankan aktiviti rondaan pemantauan kawasan Hutan Simpan Gading dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Sebanyak 12 kenderaan pacuan empat roda dari JPNS dan Polis digunakan dalam aktiviti rondaan sejauh kira-kira 12 kilometer dalam hutan simpan berkenaan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.