Categories
SELANGOR

Perpustakaan bergerak umpama sekolah, pustakawan main peranan jadi pendidik

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 NOV: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) komited mengaktifkan kembali perpustakaan bergerak berikutan permintaan tinggi terhadap perkhidmatan berkenaan.

Pengarahnya, Mastura Muhamad, berkata memang menjadi impian PPAS untuk memberikan kemudahan terbabit bersesuaiaan dengan usaha Kerajaan Negeri yang mementingkan pendidikan kepada masyarakat.

“Permintaaan bagi perpustakaan bergerak ini amat tinggi. Walaupun kita mempunyai banyak perpustakaan desa tetapi apabila pelbagai pihak seperti ADUN, badan bukan kerajaan (NGO), sekolah dan sebagainya membuat keramaian, mereka perlukan perkhidmatannya.

baca buku a“Bagaimanapun, kita tidak mempunyai peruntukan spesifik,” katanya kepada Selangor Kini.

Mastura berkata, PPAS merancang mengadakan perbincangan bersama Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berhubung perkara berkenaan.

Katanya, perkhidmatan perpustakaan bergerak sudah menjangkau antara 15 ke 20 tahun di Selangor dan keadaannya pada ketika ini tidak memuaskan, manakala proses membaikpulihnya membabitkan kos agak tinggi.

“Yang kita ada sudah agak buruk. Bila kita nak catkan kembali, sebut harga diterima melebihi RM20,000.

pesta buku 01“Saya lihat perpustakaan umpama sekolah selepas waktu persekolahan. Maksudnya pustakawan berperanan menjadi pendidik seumpama guru di sekolah. Anak kita tidak pergi ke pusat siber tanpa lesen tetapi datang ke perpustakaan,” katanya.

Beliau berkata, perpustakaan bergerak akan memberi lebih pilihan kepada masyarakat di Selangor.

Katanya, kini perkhidmatan perpustakaan bergerak terdapat di Banting, Sabak Bernam dan Kuala Kubu Bharu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.