Categories
SELANGOR

Perumahan: Saranan Najib ubah dasar ketinggalan, Selangor dah laksanakan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 7 NOV: Gesaan Kerajaan Pusat agar semua Kerajaan Negeri meminda dasar perumahan lapuk yang masih digunakan sebagai ketinggalan berbanding Selangor.

Exco Perumahan, Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad berkata sejak Selangor ditadbir Pakatan Rakyat (PR), Kerajaan Negeri sudah pun meminda Dasar Perumahan Negeri Selangor berdasarkan keperluan semasa rakyat negeri itu.

MB rumah catKata Iskandar, kali terakhir penambahbaikan Dasar Perumahan Selangor dilakukan pada 2013 lagi.

“Kerajaan Persekutuan hendak negeri-negeri ubah polisi lapuk perumahan – Selangor dah lama buat,” tulis Iskandar di laman sosial facebook beliau.

Jelas beliau antara polisi baru perumahan Selangor yang dinamakan Rumah Selangorku pada 2013 pemaju perumahan diisyaratkan membina rumah mampu milik pada setiap fasa pertama projek masing-masing.

Manakala had kelayakan membeli rumah mampu milik ditingkatkan kepada pendapatan maksima seisi rumah RM8,000 sebulan.

Tambah Iskandar, Kerajaan Negeri dalam polisi perumahannya juga giat mempelbagaikan jenis rumah mampu milik daripada RM42,000 hingga ke RM250,000.

Kerajaan Negeri juga menetapkan projek perumahan mampu milik dan kos rendah perlu dibina berdasarkan permintaan sesebuah daerah bagi mengelakkan isu pembangunan tidak strategik sekaligus tidak mendapat sambutan pembeli.

Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa semua kerajaan negeri mengkaji semula dasar lapuk berkaitan rumah kos rendah masing-masing.

Ia bagi memastikan perumahan kos rendah dibina di kawasan yang diperlukan dan bukan di kawasan yang permintaannya tidak dapat dipastikan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.