Categories
SELANGOR

Peruntukan ADUN ditingkat RM700,000 setahun

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 24 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mencadangkan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ditingkatkan kepada RM700,000 setahun.

Mohamed Azmin berkata, keputusan itu diambil bagi meningkatkan khidmat wakil rakyat menerusi Program Mesra Rakyat.

10171744_1017332098292505_718747616582865260_n“Saya mencadangkan peruntukan ahli dewan negeri kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun.

“Mulai 2015, peruntukan ADUN turut dipanjangkan kepada ADUN Pembangkang dengan peruntukan sejumlah RM200,000 setahun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015, di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Peruntukan itu juga akan diterima ADUN Bebas, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Dicadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri,” kata Azmin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.