Categories
BERITA UTAMA

Mahasisiswa: Belanjawan Selangor menyeluruh

Oleh: Ku Hariz Farhan Ku Azman

PADA 24 November yang lalu, rakyat negeri Selangor menyaksikan pembentangan belanjawan tahunan negeri di bawah kepimpinan yang baharu yang diterajui oleh YB Azmin Ali selaku Menteri Besar bersama barisan Exco yang turut berubah posisi.

Belanjawan kali ini yang bertemakan ‘Pembangunan Berkualiti Rakyat Dipeduli’ menggariskan enam strategi utama iaitu:
1. Membesarkan lapisan kelas menengah.
2. Menjana pertumbuhan berkualiti.
3. Memberdaya ekonomi hawa dan generasi muda.
4. Pembangunan kejiranan hijau.
5. Menjana industri budaya dan intelektual.
6. Menyemarak ekonomi desa.

Sisi pandang menarik berkenaan dengan belanjawan ini adalah nisbah perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan membangun adalah hampir seimbang yakni jumlah perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,288,530,000 manakala perbelanjaan membangun adalah sebanyak RM1,133,970,000.

Situasi ini jarang-jarang kedengaran, hatta di peringkat Persekutuan sekalipun kerana meskipun Bajet 2015 yang lalu cuba mengambil konsep ‘People Economy’ namun perbelanjaan membangun masih lagi rendah berbanding dengan perbelanjaan mengurus.

Seterusnya bagi mencapai keadilan sosial dalam kalangan rakyat terbanyak, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program HIJRAH iaitu satu inisiatif kepada golongan berpendapatan rendah untuk menceburi bidang keusahawanan bagi mengeluarkan mereka dari lingkungan kemiskinan.

10801816_818849664846048_3237730925260679204_nPerincian kepada jenis bantuan yang diberikan perlu didedahkan agar skim ini tidak mengikut ‘skim ah long’ yang hanya memberi pinjam duit dan mengenakan faedah yang tinggi kepada peminjam. Hal ini kerana mentaliti kebanyakan dari kita yang menganggap bahawa skim ini hanya sekadar beri duit, apabila cukup tempoh perlu membayar balik jumlah yang dipinjam.

Selain itu industri pelaburan yang begitu rancak di negeri ini pastinya memberi 1001 manfaat dan faedah buat rakyat di negeri ini, khususnya dalam penyediaan peluang pekerjaan yang lebih luas. Namun, mengapa pekerja asing masih lagi mendominasi kebanyakan sektor-sektor pekerjaan di negeri ini.

Setiap kali penulis mengunjungi Shah Alam, Kajang mahupun bandar-bandar utama di negeri ini, dapat dicongak bahawa kita seolah-olah bukan berada di negera sendiri. Di manakah kesilapan dalam aspek ini?

Adakah faktor upah yang rendah yang ditawarkan oleh firma yang beroperasi di negeri ini menyebabkan mereka lebih selesa duduk beristirahat di rumah tanpa berusaha untuk mencari nafkah? Atau tiada suatu ‘pengikat’ atau inisiatif oleh Kerajaan Negeri buat firma tempatan mahupun global untuk membayar lebih upah dan mengutamakan pekerja tempatan, lebih-lebih lagi graduan universiti yang keluar saban tahun?

Saranan kepada pimpinan Kerajaan Negeri untuk duduk bersama dengan pihak pekerja dan tuan empunya firma yang beroperasi di negeri ini bagi membincangkan solusi terbaik bagi menangani masalah ini bersama.

Antara sektor yang mendapat perhatian istimewa adalah sektor pendidikan iaitu sejumlah RM60 juta diperuntukkan kepada UNISEL bagi melengkapkan infrastruktur dan fasiliti di universiti tersebut.

Selain itu, Tabung Biasiswa Selangor yang dikhususkan kepada anak Selangor dari desa diwujudkan bagi mereka yang menuntut di UNISEL dan KUIS dengan biaya sebanyak RM10 juta setahun. Pengiktirafan juga turut diberikan kepada kaum Orang Asli apabila Kerajaan Negeri menyediakan 10 tempat di UNISEL bagi melanjutkan pengajian mereka melalui sebuah tabung biasiswa yang dikenali sebagai Biasiswa Sagong Tasi.

Bagi meringankan beban mahasiswa UNISEL dan KUIS yang terpaksa bergantung kepada duit ibu dan ayah sebelum benar-benar mendapat bantuan biasiswa atau pinjaman, Kerajaan Negeri memperkenalkan Dana Bantuan Sara Diri Anak Selangor dengan jumlah sebanyak RM12 juta setahun.

Diharapkan semoga langkah yang sedikit ini dapat dilaksanakan secara berstrategi dan mengenai sasarannya sehinggalah dapat diimplementasikan di seluruh IPT di negeri ini, Insya Allah.

Langkah Kerajaan Negeri dalam usaha bagi menghasilkan lebih ramai rakyat yang berpendidikan tinggi selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan sekurang-kurangnya 60,000 pemegang ijazah Doktor Falsafah menjelang tahun 2023 dapat dilihat melalui pengenalan 10 jenis biasiswa bagi bidang-bidang pengajian yang strategik dan kritikal kepada anak Selangor dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Pastinya peluang ini sangat ditunggu-tunggu oleh kebanyakan siswazah di negeri ini dan menjadi pemangkin semangat untuk mereka meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Di samping itu bagi melibatkan semua golongan seperti ahli akademik, mahasiswa dan rakyat negeri ini khususunya sebagai agen pembangunan, satu institut yang diberi nama sebagai Institut Darul Ehsan akan diwujudkan sebagai platform bagi merangka idea-idea bernas bagi pembangunan negeri ini.

Walau bagaimanapun, pengisian kepada penubuhan institut tersebut lebih penting daripada penamaannya yang gah tetapi dikhuatiri akan menjadi projek gajah putih, sebagai cadangan beberapa program boleh diwujudkan bagi menyerlahkan keberkesanan institut ini sebagai agen pemangkin pembangunan negeri yang progresif:

1. Sesi meja bulat di antara Exco Kerajaan Negeri dan ahli-ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing sebanyak sebulan sekali bagi membincangkan isu-isu dan masalah yang berlaku di negeri ini.

2. Serampang dua mata di antara wakil Majlis Perwakilan Pelajar/Persatuan Mahasiswa Universiti IPT sekitar Selangor dengan Kerajaan Negeri bagi mendengar idea dan pandangan mereka terhadap polisi-polisi Kerajaan Negeri, program seperti Simposium Mahasiswa Selangor dan Hari Mahasiswa boleh dijadikan sebagai wadah terbaik untuk Kerajaan Negeri mendengar pandangan mereka.

3. Merapatkan kembali jurang di antara IPT khususnya IPTA di negeri ini dengan Kerajaan Negeri. Hal ini kerana tujuan universiti ditubuhkan adalah sebagai agen pengubah kepada sesebuah masyarakat dan ummah. Untuk itu, kedua-dua pihak perlu mengubah sikap dengan mengenepikan faktor politik dan perbezaan ideologi bagi menjayakan gagasan ini.

Antara skop belanjawan kali ini yang menarik perhatian adalah pengenalan program penterjemahan karya antarabangsa yang bakal menyaksikan penterjemahan karya-karya hebat dunia ke dalam Bahasa tempatan yang diketuai oleh PPAS.

Ia mengulangi tradisi keilmuan sewaktu zaman Kerajaan Abasiyyah yang menyaksikan penterjemahan kitab-kitab dari tamadun Rom, Parsi dan India ke dalam bahasa Arab oleh Baitul Hikmah selaku institusi yang menyelenggara projek tersebut dan menjadi faktor kegemilangan tamadun Islam pada waktu itu.

Sudah tentu ia ditunggu-tunggu oleh para pencinta buku di negeri ini yang mahukan supaya buku asing dapat diterjemahkan ke dalam bahasa sendiri.

Penulis yakin, jika usaha ini disokong padu oleh semua lapisan rakyat tidak mustahil dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang negeri ini mampu menjadi hab keilmuan terbaik bukan sahaja di negara ini, tetapi di rantau Asia Tenggara keseluruhannya.

Aspek lain yang perlu ditekankan adalah pembasmian masalah kebersihan dan jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik.

Alhamdulillah, Menteri Besar sendiri telah mengambil inisiatif meminta rakyat yang menghadapi masalah sampah di kawasan kediaman untuk memaklumkan kepada beliau melalui nombor telefonnya bagi diambil tindakan.

Tidak sekadar cukup itu, peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diperkasakan, ini kerana banyak aduan daripada rakyat yang kerap kali menyalahkan PBT atas alasan lambat bertindak dan kurang cekap dalam bekerja. Pemantauan tehadap PBT perlu dilakukan secara kerap supaya mereka sentiasa professional dalam gerak kerja mereka.

Diharapkan agar Kerajaan Negeri di bawah YB Azmin Ali dapat meneruskan budaya bekerja secara ‘Turun Padang’ bagi merealisasikan falsafah ‘Government; from people, to people, with people’.

Meskipun berbagai halangan dan rintangan yang bakal dihadapi di hadapan sana, namun dengan permuafatakan yang tinggi oleh semua pihak dan kebergantungan kepada Yang Maha Esa bakal menjadi resepi terbaik bagi melahirkan sebuah negeri yang baik dan mendapat pengampunan dari Allah SWT.

*Ku Hariz Farhan Ku Azman adalah Exco Media dan Penerangan, Majlis Permuafatakan Mahasiswa Selangor (MPMS)

Categories
ESELANGORKINI

SelangorKini edisi Disember 2014 – vol 1

Selangorkini Disember 1 2014

Ringkasan Belanjawan Selangor 2015 “Pembangunan Berkualiti Rakyat Peduli” #Selangor15

Sinopsis :

Secara ringkas belanjawan Selangor 2015, bertemakan “Pebangunan Berkualiti Rakyat Peduli” yang telah dibentangkan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pada 24 November 2014.

Categories
SELANGOR

Belanjawan Selangor 2015 mesra rakyat & galak ekonomi mampan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 NOV: Pembentangan Belanjawan Selangor 2015 berjumlah RM2.422 bilion disifatkan rakyat sebagai belanjawan mesra rakyat.

Sesuai dengan tema ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’, rata-rata warga Selangor berpandangan ia menjurus keprihatinan Kerajaan Negeri dalam usaha memajukan negeri dan mengagihkan hasil negeri untuk rakyat.

sulaiman mod nor - voxpopSulaiman Mohd Nor, 56, berkata Belanjawan 2015 dibentangkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membuktikan keseriusan Kerajaan Negeri meneruskan pembangunan serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi mampan di Selangor.

“Bersesuaian dengan kemajuan negeri, bantuan disalurkan untuk pendidikan jelas menggambarkan keprihatinan Kerajaan Negeri untuk melahirkan masyarakat berilmu Dan berpendidikan tinggi,” katanya.

Nazri Alias, 35, berkata rakyat Selangor harus merebut peluang disediakan Kerajaan Negeri kerana belanjawan ini memberi manfaat dan ruang luas kepada orang ramai.

nazri - voxpop“Contohnya perumahan, ia waktu terbaik untuk memiliki rumah bila satu dana besar dikhaskan bagi membantu rakyat.

“Ia bagus dan generasi muda perlu merebut peluang ini untuk masa depan mereka,” katanya
Firdaus Ahmad, 28, turut sependapat dengan menyatakan belanjawan dibentangkan menyeluruh kepada kepentingan negeri dan rakyat.

“Selain perbelanjaan pembangunan dan pengurusan, ia fokus kepada kebajikan rakyat dari usia bawahan hingga ke akhir hayat.

“Dengan ini, ia akan mengaktifkan pelbagai aktiviti ke arah peningkatan ekonomi di bandar dan luar bandar menerusi pelbagai bidang.

“Ia membuka ruang pekerjaan yang lebih untuk rakyat tempatan dan kemajuan negeri,” katanya.

Semalam, Mohamed Azmin membentangkan Belanjawan Selangor 2015 sejumlah RM2,422,500,000.00 bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan khususnya program kesejahteraan rakyat.

Mohamed Azmin ketika membentangkan belanjawannya mengumumkan anggaran pendapatan bagi 2015 meningkat 6.49 peratus kepada RM1.97 bilion berbanding sebelumnya RM1.85 bilion pada 2014.

Daripada jumlah itu, RM1,288,530,000 atau 53.19 peratus adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan RM1,133,970,000 atau 46.81 peratus bagi perbelanjaan pembangunan.

EZY

Categories
SELANGOR

Elaun naik RM850 penting hargai tugas Imam

SHAH ALAM 25 NOV: Kenaikan elaun Imam berjumlah RM100 daripada RM750 ke RM850 adalah tindakan terbaik agar Imam lebih komited melaksanakan tugas.

Imam Masjid Kampung Melayu Subang, Zainal Abidin Ahmad, berkata tugas selaku Imam penting dan penambahan elaun itu disambut baik.

Bajet MS12“Sangat elok dan saya bersyukur bila Dato’ Menteri Besar umumkannya semalam.

“Kalau tiada imam akan timbul masalah di sesuatu kawasan atau kampung,” katanya mengulas kenaikan elaun itu.

Dalam Belanjawan 2015, Imam masjid turut menerima tambahan elaun sebanyak RM100 sebulan menjadikan pendapatan bulanan mereka pada tahun depan adalah sebanyak RM850.

EZY

Categories
SELANGOR

Tambah peruntukan 300% pastikan keselesaan penduduk luar bandar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Negeri meningkatkan peruntukan sehingga 300 peratus bagi memastikan penduduk di kawasan luar bandar menikmati infrastruktur lebih selesa.

“Kerajaan Negeri prihatin keperluan pembangunan di kawasan luar bandar termasuk kawasan kampung tradisi terutamanya pembangunan infrastruktur dan sosial,” kata Mohamed Azmin Ali.

10801816_818849664846048_3237730925260679204_nBeliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2015 Negeri Selangor di Dewan Undangan Negeri (DNS) di sini, hari ini.

Jelas beliau, pembangunan infrastruktur ini merangkumi aspek pembaikan dan pembinaan baru kemudahan awam desa seperti kemudahan sukan serta kemudahan asas desa seperti jalan, longkang dan peparitan.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sejumlah RM4 juta lagi bagi menaik taraf kemudahan awam desa seperti balai raya.

EZY

Categories
SELANGOR

Peruntukan ADUN ditingkat RM700,000 setahun

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 24 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mencadangkan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ditingkatkan kepada RM700,000 setahun.

Mohamed Azmin berkata, keputusan itu diambil bagi meningkatkan khidmat wakil rakyat menerusi Program Mesra Rakyat.

10171744_1017332098292505_718747616582865260_n“Saya mencadangkan peruntukan ahli dewan negeri kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun.

“Mulai 2015, peruntukan ADUN turut dipanjangkan kepada ADUN Pembangkang dengan peruntukan sejumlah RM200,000 setahun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015, di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Peruntukan itu juga akan diterima ADUN Bebas, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Dicadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri,” kata Azmin.

EZY

Categories
SELANGOR

RM17 juta bangunkan atlet, prasarana sukan

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 24 NOV: Sejumlah RM17 juta diperuntukkan bagi pembangunan atlet dan prasarana sukan negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata ini termasuk penubuhan Perbadanan Aset Sukan Negeri Selangor yang mengurus dan menyelenggara prasarana sukan seperti Stadium Shah Alam, Stadium Kota Raja, Klang dan Stadium Selayang.

Bajet MS10“Sukan mempunyai dimensi ekonomi yang perlu dimajukan,” kata Mohamed Azmin ketika Belanjawan 2015 Selangor di sini hari ini.

Kerajaan Negeri berhasrat menjana industri budaya dan intelektual dengan membangunkan Selangor sebagai hub kesarjanaan dan pusat kecemerlangan ilmu dalam penyelidikan dan pembangunan(R&D), pembangunan sains, teknologi dan inovasi serta penerbitan.

“Selangor mahu merancakkan ‘soft sector’ ini dengan terlibat secara langsung dalam program penterjemahan sebagai wahana pemindahan ilmu,” kata Mohamed Azmin lagi.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri akan mencadangkan program penterjemahan karya antarabangsa yang dikawal selia Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan memberi insentif kepada bakal penterjemah yang bekerjasama dengan PPAS.

Selain itu Kerajaan Negeri juga turut mencadangkan waktu operasi perpustakaan ini dilanjutkan kepada 10.00 malam.

EZY

Categories
SELANGOR

Peruntukan pertanian RM14.47 juta jamin bekalan makanan cukup

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Negeri meningkatkan peruntukan sektor pertanian kepada RM14.47 juta pada 2015 berbanding RM10 juta tahun sebelumnya.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata bagi menjamin bekalan makanan mencukupi, Kerajaan Negeri meningkatkan kemahiran peladang, penternak dan nelayan untuk menguasai kemahiran berteknologi tinggi.

Bajet MS4“Potensi pertanian besar sekiranya kita bersedia menggunakan teknologi yang berinovasi dan menguasai teknologi.

“Selangor mampu menjadi Belanda yang saiznya kecil dari Pahang tetapi berjaya menjadi pengeluar makanan kedua terbesar di dunia ekoran kemahiran teknologi dan menguasai ‘global supply chain’,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015, di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Mohamed Azmin menambah, untuk pembangunan nelayan dan petani, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjayakan program ekonomi nelayan tradisi.

“Menerusi kerjasama itu, nelayan terlibat akan mengikuti program pembangunan seperti pemasangan sistem ais, pemulihan kolam sangkar program ‘Jom Bertani’ dan elaun sara hidup nelayan darat yang semuanya berjumlah RM15.3 juta,” katanya lagi.
EZY

Categories
SELANGOR

MB umum bonus tambahan setengah bulan gaji

SHAH ALAM 24 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam Selangor .

Mohamed Azmin berkata pemberian bonus akhir tahun itu dilakukan bagi membantu penjawat awam bagi menghadapi persediaan untuk persekolahan anak-anak.

Katanya, pemberian bonus itu walaubagaimanapun adalah setengah bulan gaji selepas bonus sebulan gaji diberi semasa sambutan Aidilfitri lepas.

Bajet MS14

“Sebuah kerajaan yang efisyen dan kuat adalah hasil daripada sinergi dan usaha sama pentadbiran awam.

“Pemberian bonus ini dilakukan atas sumbangan mereka (penjawat awam) dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Belanjawan Selangor 2015 yang berlangsung di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Katanya, pemberian bonus itu dibuat bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang mengurus dan membantu menyelaras pelbagai sektor pentadbiran dan pembangunan di negeri tersebut.

Bonus itu  akan dibayar pada 18 Disember ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Invest Selangor Berhad jenama baru SSIC tingkatkan pelaburan

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 24 NOV : Selangor State Investment Centre (SSIC) dijenamakan semula kepada Invest Selangor Berhad (ISB) bagi memperkukuhkan sektor pelaburan, perindustrian dan perdagangan.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata usaha itu bagi memacu sektor pelaburan ke arah lebih membanggakan.

Bajet MS5“Penjenamaan ini memberi imej baru di peringkat tempatan dan antarabangsa dalam mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan dan perdagangan terunggul,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015, di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

SSIC Berhad adalah sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri yang beroperasi sejak 1999 dan berperanan mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan terbaik di Malaysia dan rantau Asia.

Menerusi SSIC, prestasi pelaburan Selangor bermula 2000 hingga 2014 terus cemerlang dengan mencatatkan nilai pelaburan tertinggi RM117.75 bilion daripada 4,173 projek perkilangan iaitu 19 peratus daripada semua pelaburan yang diluluskan seluruh negara.

Sepanjang tempoh 14 tahun itu, sejumlah RM60.45 bilion adalah daripada pelaburan tempatan dan RM57.30 bilion membabitkan pelaburan asing, manakala 328,168 potensi peluang pekerjaan diwujudkan.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: RM10 juta Tabung Biasiswa Selangorku, RM12 juta Dana Bantuan Sara Diri

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 24 NOV: RM10 juta disediakan bagi Tabung Biasiswa Selangorku khusus untuk anak Selangor dari desa dan keluarga berpendapatan rendah yang menuntut di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Dana Bantuan Sara Diri Anak Selangor untuk mahasiswa UNISEL dan KUIS diperuntukkan berjumlah RM12 juta setahun sebagai bantuan awal sebelum pelajar menerima wang pendahuluan pembiayaan PTPTN atau pembiayaan pendidikan lain.

10352148_818857948178553_7046295858563244909_nDato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata Tabung biasiswa itu ditubuhkan bagi menjayakan prinsip kepelbagaian sejajar dengan falsafah pendemokrasian pendidikan tinggi.

“Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor berjumlah RM16 juta yang memberikan kemudahan pinjaman boleh ubah (convertible loans) kepada pelajar cemerlang.

“Program Hadiah Anak Masuk Universiti diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM8 juta, khusus kepada pelajar Sarjana Muda dan Diploma sepenuh masa dari keluarga yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

“Setiap mereka menerima RM1,000 selepas mendaftarkan diri untuk tahun pertama di universiti,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2015, di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

10361048_818858328178515_5529404061707804544_nMohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri akan membesarkan ‘brain bank’ Selangor dengan mewujudkan 10 biasiswa bagi pengajian bidang-bidang strategik dan kritikal di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di kalangan anak Selangor dengan peruntukkan RM5 juta.

Kerajaan Negeri turut menawarkan 10 tempat di UNISEL untuk anak Orang Asli yang dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri menerusi biasiswa dikenali ‘Biasiswa Sagong Tasi’.

Mohamed Azmin berkata, Geran awal RM2 juta diwujudkan untuk penubuhan Institut Darul Ehsan (IDE).

1461155_818858791511802_789221624198092465_n“Dana diperuntukkan bagi tujuan pendidikan, bukan hanya merupakan pelaburan kerajaan masa depan, tetapi merupakan inisiatif permuafakatan bersama mahasiswa, pensyarah, warga alumni dan masyarakat khususnya rakyat Selangor,” katanya.

Bagi sektor pendidikan tinggi agama, RM2 juta dikhususkan bagi Program Pendidikan Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang ditawarkan KUIS

Ia akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Perbadanan dan Anak Syarikat Negeri, dengan demikian, KUIS segera berstatus universiti penuh.

EZY