Categories
SELANGOR

Peruntukan RM17 juta mampu tingkat prestasi atlet Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 26 NOV: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman yakin peruntukan RM17 juta untuk pembangunan atlet dan prasarana sukan di Selangor mampu memberi kesan positif terhadap prestasi atlet negeri itu.

Bagaimanapun, jelas Mohd Khairuddin, organisasi sukan di Selangor dan pihak kerajaan perlu berkerjasama memastikan pemilihan program pembangunan tepat dan berkesan.

SUKMA XVI 01“Bajet yang diumumkan Dato’ Menteri Besar dilihat sebagai bajet mesra rakyat yang menyaksikan tumpuan kepada kelas menengah dan bawah rakyat Selangor dan semestinya juga kepada golongan anak muda.

“Peruntukan kepada atlet adalah tepat selepas prestasi golongan itu dan sukan Selangor dilihat masih belum mencapai tahap sebenar.

“Kita harapkan dengan adanya tumpuan kepada sukan di Selangor, maka prestasi sukan akan lebih membanggakan,” katanya kepada Selangor Kini hari ini.

SUKMA XVI 02Sebelum ini, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari ketika menjawab satu soalan di persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) berkata, Kerajaan Negeri akan memastikan program pembangunan sukan negeri dijalankan secara sistematik dan konsisten bagi memastikan pencapaian lebih membanggakan.

Antaranya sukan bola sepak, yang mana Selangor adalah gergasi dalam sukan terbabit sejak 1950-an lagi danĀ  sebagai aktiviti paling menjadi tumpuan peminat sukan negara ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.