Categories
SELANGOR

Rakyat gembira polisi perumahan Kerajaan Selangor, bantu miliki kediaman sendiri

Oleh: LIZAWATI MADFA

HULU LANGAT, 16 NOV: Kerajaan Negeri diharap akan terus memperluaskan usaha membina lebih banyak rumah mampu milik pada masa hadapan.

Tinjauan Selangor Kini di Majlis Meraikan Pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS Damai Residensi, di sini, menyaksikan ramai yang berpuas hati dan gembira dengan polisi perumahan Kerajaan Negeri.

Perunding Hartanah, Mohd Ashraf Abdul Saleem, 25, berpandangan usaha murni Kerajaan Negeri itu mampu membantu lebih ramai golongan berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri.

Meraihkan pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS MB (3)“Seperti kita maklum, hartanah tidak akan jatuh nilainya, makin lama makin tinggi. Jadi, dengan usaha Kerajaan Negeri ini memang banyak membantu terutama anak muda seperti saya.

“Kalau tiada usaha seperti ini, entah bila akan ada peluang untuk kami,” katanya yang turut ditawarkan satu unit di Damai Residensi.

Damai Residensi menawarkan 124 unit rumah yang dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan antara 700 hingga 800 kaki persegi.

Meraihkan pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS MB (9)Setiap unit ditawarkan dengan harga istimewa antara RM60,000 hingga RM90,000 berbanding harga pasaran yang boleh mencecah sehingga RM300,000.

Sementara itu, bagi Ismalizah Hamzah, 36, Kerajaan Pusat harus mencontohi usaha Kerajaan Selangor dalam membangunkan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana.

“Kalau kita tengok sekarang, kebanyakan projek adalah rumah banglo dengan harga jutaan ringgit. Jadi, yang kaya bertambah kaya dengan rumah elit dan mewah, sedangkan orang seperti kami ini seakan tidak terbela.

“Kerajaan Pusat harus kawal, kalau bukan mereka, siapa lagi yang berkuasa,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.