Categories
SELANGOR

Selangor bakal lancar bantuan masuk sekolah anak TAWAS

Oleh: AFEEQA AFEERA

KLANG, 15 NOV: Kerajaan Negeri bakal melancarkan program bantuan masuk sekolah untuk anak sulung yang mendaftar di bawah skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dengan pemberian baucer RM50 seorang.

Program itu dijangka akan disempurnakan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, bagi anak Tawas yang akan mendaftar ke tahun satu, pada 16 November ini.

MB tawas shopping econsave 02Perkara itu dimaklumkan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi ketika merasmikan Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat Selangor di Taman Sri Andalas, hari ini.

“Dari masa ke masa, anak TAWAS akan dapat manfaat, maka ini adalah peluang baru yang kita akan lancarkan untuk mereka yang layak,” katanya.

Beliau berkata sehingga Oktober lalu, 152,225 penerima sudah mendaftar di bawah skim itu dengan peruntukan RM15.2 juta.

Selain itu, katanya, pelbagai program lain turut dilancarkan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban kos sara hidup terutama untuk ibu bapa yang berpendapatan rendah.

daroyahAntaranya, Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar) untuk anak berusia empat tahun ke bawah yang dihantar ke taska atau nurseri dan Skim Bantuan Tadika (TUNAS).

“Kerajaan Negeri sentiasa peka dengan keperluan rakyat di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

“Pelbagai usaha dilaksanakan dan dalam masa sama menentukan ibu bapa memberi asuhan sempurna supaya anak mereka menjadi insan berguna,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.