Categories
SELANGOR

SMK La Salle juara sulung Piala Mokhtar Dahari

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 23 NOV: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Petaling Jaya menjuarai Piala Datuk Mokhtar Dahari apabila mengalahkan SMK USJ8, Subang Jaya dalam perlawanan akhir dengan keputusan 4-3 menerusi sepakan penalti.

Kemenangan SMK La Salle begitu bermakna kerana mereka muncul juara sulung kejohanan bola sepak yang diadakan buat kali pertama itu.

Sepakan penalti terpaksa dibuat selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan sebenar.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyampaikan semua hadiah kepada pemenang.

Selaku juara, SMK La Salle meraih piala kejohanan, pingat dan wang tunai RM5,000, manakala SMK USJ8 (pingat dan wang tunai RM4,000).

Tempat ketiga, SMK Seksyen 16, Shah Alam pula menerima pingat dan wang tunai RM3,000, sementara itu, SMK Bukit Jelutong memenangi tempat keempat dan membawa pulang pingat dan RM2,000.

SMK La Salle turut gembira apabila Mohammad Daniel Johari muncul pemenang penjaga gol terbaik, manakala Dirga Surdi (SMK USJ8) memenangi pemain terbaik dan Zulkarnain Rosli dari SMK Taman Datuk Harun meraih penjaring gol terbanyak dengan 10 gol.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.