Categories
SELANGOR

100 HARI: MB tekankan kesihatan, pendidikan & perumahan rakyat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 DIS: Sempena 100 hari bergelar Dato’ Menteri Besar Selangor, hari ini, Mohamed Azmin Ali mengulangi tekadnya dalam memastikan pentadbiran negeri telus, bertanggungjawab dan inklusif dalam semua tindakannya.

Dalam satu kenyataan, beliau juga memberi jaminan komitmen tinggi Kerajaan Selangor memastikan ekonomi terus berkembang pesat dengan keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat diberi keutamaan.

PekawanisPentadbirannya, tegas Mohamed Azmin akan memberi penekanan kepada kesihatan, perumahan dan pendidikan.

“Prinsip keadilan dan kesederhanaan juga akan menjadi pendekatan Kerajaan Selangor dalam menerajui mesyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor, saya perlu tekankan, dalam menjaga kedaulatan dan kesucian Islam sebagai agama rasmi, sentimen ekstrim dan fanatik juga tidak akan diberi muka dalam pentadbiran.

SKIMSEL9“Keharmonian dan penyatuan semua komuniti tidak boleh dikompromi dan kita akan lakukan yang terbaik bagi memastikan prinsip keadilan dan kesederhanaan dilaksanakan setiap masa,” katanya.

Mohamed Azmin mula mengangkat sumpah memegang jawatan tertinggi negeri pada 23 September lalu di hadapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.