Categories
SELANGOR

100 HARI: Inisiatif MB ‘terjah’ kawasan jadi ikutan PBT

Oleh:  LIZAWATI MADFA

Inisiatif Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang rajin turun padang dan melakukan terjahan di lapangan memberi motivasi segar kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pemangku Datuk Bandar, Mokhtar Hani berkata, pendekatan itu membuka mata untuk memperkasa aktiviti turun padang bagi me-ninjau dan memantau permasalahan rakyat.

Katanya, fokus kepada masalah perbandaran sering ditekankan Mohamed Azmin, antaranya isu pembersihan awam, kutipan sampah sisa pepejal dan penyelenggaran kemudahan awam.

Program MB turun padang ke Kuala Selangor (16)“Ini satu pendekatan yang positif kerana melalui cara ini kita akan dapat melihat dan merasai sendiri isu dan permasalahan yang berlaku.

“Melalui aktiviti turun padang juga secara tidak langsung dapat bersemuka dengan komuniti setempat. Ini mengeratkan hubungan silaturahim dan muhibbah sesama warga Shah Alam,” katanya.

Beliau mengakui program Dato’ Menteri Besar itu menunjukkan Adun Bukit An-tarabangsa itu seorang yang ikhlas berkhidmat dan mesra rakyat.

Kemesraan itu, katanya, membuatkan rakyat lebih selesa untuk berurusan se-terusnya bersama-sama menyumbang ke arah penambahbaikan.

mokhtarDengan sikap dan keterbukaan pentadbiran baharu, Mokhtar yakin kepimpinan Mohamed Azmin akan terus bergerak mantap sebagai satu pasukan yang efisien.

“Saya percaya banyak lagi inisiatif baru akan diperkenal dan ia memberi manfaat kepada rakyat Selangor, khususnya warga Shah Alam.

“MBSA sentiasa berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kerajaan Selangor dalam menjayakan semua program yang disusun,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.