Categories
SELANGOR

100 HARI: Mohamed Azmin teliti, cekap buat keputusan

Oleh:  AFIX REDZUAN

Kepimpinan Selangor menyifatkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali prihatin dan teliti terhadap maklumat yang disampaikan berkaitan sesuatu urusan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata ketelitian itu pula dibantu kekuatan ingatannya terhadap fakta dan angka.

Katanya, sikap dan cara kerja Mohamed Azmin itu menyemarakkan semangat Exco untuk memberi hasil terbaik kepada rakyat.

Elizabeth Wong Komen Khaled Nordin“Lebih penting adalah kepercayaan dan sikapnya terhadap anggota Exco menunjukkan beliau mahu mewujudkan satu pasukan yang teguh bersatu.

“Saya lihat, Kerajaan Negeri lebih kuat dan bersatu padu di bawah panji kepimpinannya,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau turut menyifatkan Mohamed Azmin sebagai seorang yang teguh berpegang kepada prinsip reformasi berikutan ke-terlibatannya sejak 1998.

Ini pertama kali beliau be-kerja secara terus kerana kerjasama dengan beliau bersama Mohamed Azmin lebih kepada perbincangan dalam mesyuarat dan perjumpaan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengalaman sama turut dikongsikan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang kagum berikutan Mohamed Azmin cepat membuat keputusan.

yunusBeliau berkata, ketelitian dan amalan bertolak ansur Mohamed Azmin sentiasa diterap sebagai elemen penting dalam bekerja berpasukan.

“Banyak keputusan yang dibuat drastik dan cepat, tetapi tepat. Beliau juga bertindak secara profesional selain sentiasa meminta pandangan.

“Ini satu cara kerja yang baik dan mengikut garis panduan sedia ada,” katanya kepada Selangor Kini. Beliau turut berharap lebih banyak program rakyat dapat dihasilkan selepas ini hasil gabungan idea Dato’ Menteri Besar dan Exco.

ngsueelimAdun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong menyifatkan pentadbiran baharu disenangi rakyat terbanyak, sekaligus memberi isyarat betapa Pakatan mampu mengubah nasib mereka.
Beliau pemimpin yang dinamik dan mementingkan kebajikan rakyat,” katanya.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, pula berkata Mohamed Azmin seorang pemimpin yang peduli terhadap keperluan rakyat.

“Cara pentadbirannya memberi manfaat kepada rakyat, malah setiap parti dalam Pakatan Rakyat akan terus menyokong beliau selaku Menteri Besar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.