Categories
SELANGOR

APA KES? Jalan rosak di Seksyen 15 & 20 dibaiki, perlukan pemantauan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 9 DIS: Masalah jalan berlubang di Seksyen 15 dan Seksyen 20 di sini sudah diselesaikan secara berperingkat apabila pihak bertanggungjawab mula menurap semula jalan rosak di situ.

Tinjauan Selangor Kini ke kawasan itu mendapati beberapa lompong jalan membahayakan pengguna jalan raya sudah dibaikpulih khususnya di Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 20.

Berdekatan Jalan Utas Seksyen 15aSebelum ini, beberapa pengadu memaklumkan di laman sosial Shah Alam Residence Group berkenaan jalan berlubang teruk di sekitar Seksyen 15 dan 20.

Satu daripada dua lorong jalan berkenaan sedang diturap semula sementara jalan di kawasan taman perumahan di sekitar berkenaan turut dibaiki.

Tindakan sama turut dilakukan di Seksyen 15 apabila sepanjang bahagian tepi jalan yang telah dikorek bagi kerja menggantikan paip juga diturap semula.

Namun berdasarkan penelitian yang dibuat mendapati kerja penurapan tidak dilakukan dengan kemas dan tidak rata.

Sementara bahagian jalan dikorek berhadapan Bilik Pameran Perodua, Seksyen 15 sudah diturap semula.

Meskipun kerosakan besar sudah berjaya diatasi, namun masih terdapat beberapa lubang kecil berpotensi menakung air dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya khususnya motosikal terutama pada waktu hujan.

Turut kelihatan beberapa jentera berat masih diletakkan di tepi jalan bagi meneruskan kerja-kerja membaikpulih dan penurapan semula jalan yang rosak sehingga selesai.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.