Categories
SELANGOR

Tidak hanya jana untung, PKNS selamatkan 5 projek kampung terbengkalai

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 9 DIS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak sekadar menjalankan projek pembangunan demi keuntungan tetapi terbabit dalam pelbagai program membela nasib rakyat.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata PKNS banyak terbabit dalam program menyelamatkan projek terbengkalai dan turut dijemput bagi perbincangan projek pembesaran lima kampung yang menghadapi masalah, baru-baru ini.

yb iskandar 3“Ada mengatakan PKNS menumpukan Keuntungan dan tidak memikirkan kebajikan rakyat. Perkara ini tidak benar kerana PKNS aktif membantu memulihkan projek terbengkalai.

“Terdapat lima projek pembesaran kampung di Selangor yang sebelum ini terbengkalai. Projek dimulakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersama dengan syarikat pembinaan, kebanyakannya terbengkalai kerana mereka tidak memasukkan kos keseluruhan projek,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Iskandar berkata, akibat daripada itu, JKKK menghadapi masalah menjalankan projek itu ekoran terpaksa menjualnya dengan kadar harga murah dan menanggung perbelanjaan defisit.

Katanya, kebanyakan projek itu berhadapan jalan buntu dengan terbengkalai antara lima ke 10 tahun.

“Kerajaan Negeri menjemput PKNS menyelesaikannya, jalan penyelesaian dicari dan dibentangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PKNS nanti,” katanya.

Sebelum ini, PKNS terbabit dalam memulihkan beberapa projek terbengkalai termasuk di Bukit Botak, Selayang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.