Categories
SELANGOR

Biasiswa Menteri Besar diperinci, hanya yang layak dapat manfaat

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 DIS: Program Biasiswa Menteri Besar yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) sudah diperincikan dan dijelaskan dari segi kaedah pelaksanaan bagi memastikan mereka yang layak dapat menerima manfaatnya.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara yang menjadi tumpuan adalah memberi bantuan kepada pelajar dari desa dan berpendapatan rendah yang mmebolehkan mereka menerima biasiswa berkenaan.

“Saya sudah jawab, apabila kita dapat maklum balas seperti ini. Kini, program biasiswa ini lebih jelas dari segi kaedah dan penerima.

UNISEL Yayasan Selangor biasiswa 02“Yang penting, bukan soal penjenamaan itu tetapi pengisiannya supaya pelajar dari desa dan berpendapatan rendah diberikan bantuan,” katanya kepada di lobi sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata, Kerajaan Negeri secara khusus menyalurkan bantuan itu kepada Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan program khusus untuk pelajarĀ  pengajian Doktor Falsafah (PhD).

“Kaedah dan program lebih jelas dan peruntukan sudah diluluskan,” katanya.

azminMohamed Azmin sebelum ini memaklumkan Kerajaan Negeri belum mempunyai mekanisme dan tatacara yang jelas untuk melaksanakan program Biasiswa Menteri Besar yang dijanjikan dalam Manifesto PR.

Beliau berkata, walaupun perkara itu beberapa kali diumumkan sebelum ini, ia sekadar menyebut akan dilaksanakan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Negeri tetap mengambil pendekatan dan inisiatif lain dengan memberi fokus terhadap beberapa program bantuan pendidikan berbentuk biasiswa dalam Belanjawan Selangor 2015 walaupun biasiswa itu masih belum ditetapkan pelaksanaannya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.