Categories
SELANGOR

MB: Tiada perjanjian lantik Timbalan Speaker II

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 3 DIS: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memaklumkan tidak timbul sebarang perjanjian berhubung pelantikan Timbalan Speaker II bagi Dewan Negeri Selangor (DNS) seperti yang dibangkitkan DAP, baru-baru ini.

Sebaliknya, Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata, ia hanya satu cadangan yang dikemukakan parti itu dan perlu dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

“Perkara ini memang ada dibangkitkan DAP dan saya sudah mengadakan perbincangan dengan Tony Pua.

azmin“Perkara baru sepeti ini harus diputuskan Majlis Pimpinan PR dan kita akan bincangkanlah sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya kepada di lobi Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan jawatan Timbalan Speaker kekal seorang buat masa ini yang disandang Mohd Shafie Ngah (PAS-Bangi).

“Ya kekal satu Timbalan Speaker, perbincangan belum diadakan jadi kekal satu. Kita belum ada tarikh (perbincangan),” katanya.

tony-puaTerdahulu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, parti itu akan tetap melobi supaya satu lagi jawatan timbalan speaker diwujudkan apabila jia dimenangi PAS melalui undi rahsia yang dijalankan di DNS, baru-baru ini.

Beliau menyatakan hasrat parti itu dalam konvensyen DAP Selangor, pada 30 November lalu.

Katanya permintaan itu adalah adil dan tidak keterlaluan.

Manakala, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, DAP Selangor akan meneruskan tuntutan kepada Dato’ Menteri Besar yang berjanji sebelum ini memberi kerusi timbalan speaker kepada parti itu.

Katanya, kerusi itu amat penting bagi mereka selepas menunjukkan kesetiaan penuh kepada PKR dan PR ketika krisis Menteri Besar lima bulan lalu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.